Pembangkang Yang Ada Hanya Retorik Bukan Realiti Pembela Rakyat


Oleh rmf

Apa lagi yang tinggal pada pembangkang di Malaysia, dari maruah sebuah parti yang begitu hebat dalam membangunkan negara dengan teguran kepada kerajaan kini sudah menjadi sebuah parti yang bergerak untuk menghancurkan negara yang satu ketika dahulu cukup aman dan damai kehidupan didalamnya hanya kerana saorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Ya, mungkin dulu orang masih tidak tahu  siapakah Anwar Ibrahim yang cukup petah meraih simpati dan menutup kesalahan diri dan dipersalahkan orang lain.

Secara logiknya sekarang hanya yang kurang waras sahaja yang masih mengikuti dan mepercayai apa yang diperjuangkan oleh beliau. Dari isu bajet kerajaan hingga sekecil kecil pembangunan yang dimajukan oleh kerajaan semuanya tidak betul, Namun  didalam perkataan tidak betul tersebut pembagunan dinikmati oleh semua  rakyat di Malaysia.

Belanjawan tahun ini dibentangkan  dalam suasana yang cukup unik dimana scenario politik yang semakin mencabar.Namaun pihak pembangkang di Malaysia hanya melihat ianya satu proses mengmabil keesempatan untuk popularity dengan tindakan tindakan yang tidak mencerminkan kesungguh mereka sebagai pembangkang untuk bersama memberikan idea  dan buah fikiran untuk membangunkan negara ini bersama sama.

Perkara ini dapat dilihat di dalam negeri negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat, disaat rakyat menghadapi dan dihimpit kepayahan kita tidak dapat melihat  tiada satupun usaha yang dibuat untuk membantu mengurangkan beban rakyat malahan mereka ini,  pemimpin Pakatan_ mengambil tindakan dengan menindas rakyat dengan menaikkan cukai cukai tanpa memikirkan bebanan kepada rakyat dan tiada berfikir kearah untuk membangunkan atau menarik pelabur sebagai sumber keatas negeri.

Bukan itu sahaja pembangkang  juga menindas kaum kaum lain dengan kaedah “pecah dan perintah” dan meroboh serta merampas tanah tanah tradisional kepunyaan kaum lain atas nama pembangunan dan terkecuali pada satu kaum mereka. Sikap komunisme dan diktator yang diamalkan oleh pihak pembangkang ini telah meyebabkan kita berfikir secara rasional apakah ini Demokrasi  dan kebebasan bersuarra yang mereka laungkan selama ini .

Rakyat sudah cukup menderita didalam kerajaan pembangkang jika di Pulau Pinang rakyat ditindas dan dihalau, di Selangor Rakyat di cengkam dengan masalah penyakit dan tadbirurus yang tidak terlaksana sehingga menyebabkan perebutan kuasa berlaku  dan jika di Kelantan pula rakyat menderita selama 23 tahun didalam untuk menikmati pasarana yang sempurna  dari sebuah negeri yang mana mengamalkan satu sistem yang “dikatakan” Islam. Kemiskinan rakyat dianggap sebagai takdir dari Allah dan tiada satu pun agenda untuk meningkatkan taraf hidup oleh kerajaan pembangkang yang memerintah.

Jika dahulu laungan demokrasi , kebebasan bersuara telah menjadi satu topic yang cukup hebat untuk mempersalahkan kerajaan  dan dikatakan  kerajaan menbyekat rakyatnya didalam memberikan pendapat dan pandangan serta teguran, Namun semua itu tidak berlaku didalam Pembangkang, sistem dictator dan kuku besi yang diamalkan telah meyebabkan pengikut serta rakyat tidak dibenarkan menyuarakan pandangan terhadap pemimpin mereka, Natijah disingkirkan  atau digantung keahlian akan berlaku. Perkara ini tidak pernagh diamalkan didalam Kerajaan Barisan Nasional dari dulu , kini dan dimasa akan datang.

Justeru itu, diantara realiti dan retorik  adalah dua alam yang cukup berbeza, tetapi  adalah menjadi kebangaan  ialah rakyat di Malaysia sebahagian besarnya adalah dari rakyat yang mampu menggunakan akal dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik yang dihidangkan oleh pembangkang kepada mereka. Dalam menghadapi pelbagai fitnah , tohmahan serta  tuduhan oleh pembangkang , rakyat masih waras dan menolak semuanya dan terus memilih kerajaan Barisan Nasional sebagi pilihan yang menjamin masa depan rakyat dan negara.

Image | This entry was posted in Pembangkang Yang Ada Hanya Retorik Bukan Realiti Pembela Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s