Keadilan Islam Tetap Utuh Bersama UMNO Bukan PKR


Oleh rmf

Sebagai orang UMNO dan warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dua perkara yang tidak boleh disentuh oleh mana mana pihak dan perkara ini tida kompromi langsung. Melayu adalah bangsa yang berdaulat manakala Islam adalah agama yang teratas sekali dipersada Negara ini.

Memilih Dewata Anwar bermakna  sebahagian besar daripada Melayu yang menyokong  sedang cuba mengali kubur Melayu yang terbesar dan menempah maut bagi bangsa dan agamanya. Bukan kerana takutkan Pakatan memerintah akan tetapi kita berwaspada dengan agenda tersembunyinya  sebagaimana yang telah berlaku di negara Teluk.

Agenda yang direncanakan begitu teliti untuk menghilangkan kuasa kuasa raja seterusnya memusnahkan sistem syariah yang sedia ada dan akhirnya menjadikan Agama islam sebagai agama yang tiada  hak hak kedaulatan di Malaysia. Jika ini berlaku jangan salahkan Ibu mengandung, salahkan kebodohan orang yang berbangsa melayu yang ghairah untuk menjilat bontot Dewata Anwar.

Semua posting ini dan posting akan datang adalah bertujuan untuk membuka minda kita dan membawa kita berfikir dikotak pemikiran dengan menggunakan akal yang waras, bukan kerana ketaksuban akan tetapi menilai dalam sudut kepentingan negara bukan kepentingan Anwar Dewata Raya.

Mengkaji dengan dalam dasar dasar Pluralisme dan persamaan yang ada didalam Malaysian Malaysia serta agenda IFC yang disokong 100% oleh DAP sedikit sebanyak akan membuka mata kita  tentang rancangan sulit untuk menjadikan Malaysia ini sebagai platform terakhir musuh Islam untuk meruntuhkan perpaduan ummah dengan ideologi dan propaganda yang terancang.

Kebanyakan daripada penyokong Anwar dewata raya adalah dikalangan yang mempunyai  rasa dendam didalam karier politik mereka dahulu- Mereka adalah dikalangan yang kecewa. Dengan kekecewaan mereka rela melakukan apa sahaja demi hasrat mereka tercapai- Janganlah kerana menang sorak kampung tergadai.

Selepas ini orang Melayu haruslah berfikir secra drastik bukan meyokong membuta tuli dan menerima semua yang diperkatakan oleh Anwar yang mana kita ketahui mempunyai kepentingan politik peribadinya.

Terus terang saya kata kan bahawa, UMNO bukan lah sebuah parti yang hebat dan super hebat didalam pentadbiran negara ini bersama MIC dan MCA akan tetapi Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO telah menjalankan yang terbaik untuk Agama, Bangsa dan Negara- Kesilapan dan kekurangan semasa pemerintahan adalah adat  hidup sebagai manusia.

Berlainan sama sekali  jika dibandingkan dengan seorang “Manusia Suci” dan mendapat taraf”Anugerah Tuhan” yang diterima daripada wahyu yang disampaikan oleh segala “pendita didalam PAS” dan juga “wahyu” yang datangnya dari Wan Azizah. Manusia ini lah yang pertama di Malaysia dikatakan “maksum” tidak lekat oleh dosa dosa dan kesalahan sehingga dinobatkan oleh penyokongnya “Manusia suci”

 Ini adalah yang membezakan secara jelas bahawa  penyokong pertubuhan UMNO dan Penyokong Manusia suci.

Seantero dunia, siapakah yang tidak kenal anak melayu kelahiran Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, yang kini sedang menggunakan segala pencak silat untuk menepis setiap terjahan yang ditujukan kepadanya.Kes liwat yang amat “BOX OFFICE” itu telah menjadikan dia seorang yangtersohor diseluruh dunia. Maklum la pelakun Popular yang memenangi Anugerah Tuhan.

Siapa juga tidak kenal dengan anak kelahiran Ceruk Tok Kun ini yang bila mana berpidato  sehingga kan gelas yang tiada air penuh semula dengan air liurnya, pidatoyang cukup meruntun jiwa dengan nada atau “tone” yang turun naik  garang, sedih, simpati, semuanya diadunkan  dengan ayat ayat Al-Quran serta kata kata dari cendikiawan dilontarkan kepada pengikutnya sehingga semua mulut ternganga dan meleleh segala air liur keghairahan.

Universiti Malaya telah mencatatkan sejarahnya dengan anak kelahiran Ceruk Tok Kun ini dengan menjadikannya pemimpin pelajar yang cukup hebat, kini sedang berkelana dan merayau seperti seorang pengemis cinta, mencari semua teman teman nya dikalangan pemimpin negara untuk meraih sokongan didalam perjuangan untuk membekalkan “peluru” sokongan politik.

Dalam perjalanan politiknya dia telah berkampung selama bertahun di penjara Kajang  akibat kerakusan kuasa yang disalah gunakan dan juga  meliwat- Apakah benar Liwat tersebut berlaku? apakah benar persetubuhan luar tabii itu terlah terjadi. Apakah “manusia Suci” ini  maksum dan tiada bernafsu.

Dalam hal ini kerajaan Barisan Nasional tidak sesekali akan melakukan penganiayaan terhadap mana mana pihak sekali pun kecuali  setiap perkara itu telah dimanipulasikan dan dilihat sebagai satu penganiayaan oleh sebelah pihak yang lain.

Image | This entry was posted in Keadilan Islam Tetap Utuh Bersama UMNO Bukan PKR and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s