Kamu Halalkan Yang Haram Tunggulah Ribut Ini Datang Kepada Kamu.


Oleh rmf

kejadian-awan-pelik-di-kota-kinabalu-sabah

Kejadian alam boleh berlaku pada bila bila masa tanpa di undang atau di minta dan kesemuanya adalah dengan izin Allah dan kehendakNya jua. Pandamaran sebuah daerah di Kelang hari ini dilanda ribut taufan yang paling kuat,mengakibatkan banyak berlaku kerosakkan kepada harta benda awam.

Kejadian ribut ini adalah ribut susulan selepas ribut yang kuat melanda Kedah dan Pualu Pinang baru baru ini. Adakah ianya berlaku suka suka tanpa ada apa yang boleh kita pelajaraidari kejadiannya, Memang ianya melibatkan faktur perubahan cuaca, tetapi tidakkah kita mahu melihatnya dari segi kemurkaan Allah yang sederhana dan amaran kepada mahlukNya di muka bumi.

Tiada perkara yang berlaku hanya sekadar tiba tiba, setiap perkara yang berlaku sudah pasti ada puncanya, Melihat berlakunya perkara musibah ini, sudah pasti ada sesuatu pengajaran yang hendak di tunjukkan, jika berlaku gempa di jepun satu dunia mengetahuinya dan berjaga jaga, berlaku banjir besar di India satu dunia melihat dan cuba memberi bantuan begitu juga jika berlakunya tanah runtuh di Amerika satu dunia akan mengikuti dengan sabar untuk mengetahui apa selanjutnya yang akan berlaku.

Begitulah Allah memberi amarannya tanpa kita sedari setiap musibah yang berlaku adalah amaran dari Allah kepada hambanya kerana leka dengan kesesatan dan melakukan maksiat besar di dunia. Kita di kejutkan dengan kejadian pesta bogel di Pulau Pinang, saperti mahu kembalinya manusia ke zaman tidak mengenali maksud malu, sudah tua mahu hidup berbogel sedangkan tamadun manusia semasa kecil lagi sudah di ajar supaya menutup aurat dan kemaluan. Tetapi segelintir manusi di Pulau Pinang telah hilang nilai ketimuran dengan mengadakan pesta berbogel togel. Kalau muda bergetah ok lagi ini dah berkedut.

Begitu juga dengan cubaan mencabar hukum Allah yang mana perkara haram cuba di halalkan dan di mudahkan dengan alasan “Islam itu mudah”. Walaupun hukum alam ini telah lama di jelaskan baik melalui sains dan termaktub didalam hadis, ada segelintir masyarakat Islam moden yang cuba melonggar serta melanggar hukum dari ketetapan agama Islam.

Merujuk kepada aktiviti program “I Want To Touch a Dog”, yang telah mendapat bantahan dari pelbagai pihak setelah ianya tersebar. Tertanya pada diri kita cara mana mahu mereka nyatakan Islam itu mudah sahingga perkara najis halal dan haram tidak mereka ambil kira.

Perkara sudah berlaku, masa tidak akan kembali, persoalannya mereka mereka yang telah bergaul mesra dengan anjing anjing tersebut, sudahkah mereka samak anggota badan termasuk pakaian yang mereka pakai pada hari tersebut, Kerana apa yang banyak di paparkan adalah gambar mereka bergomol dengan haiwan tersebut tetapi tidak pula di tunjukkan cara mana mereka melakukan samak pada angota badan mahupun pakaian mereka, walhal perkara yang mereka ingin tunjukkan menurut penganjur ialah bagaimana mahu bersuci jika kita memegang haiwan anjing sebagai bukti mudahnya Islam, Jadi dimana buktinya mereka melalui proses bersamak atau bersuci itu?.

Jika tidak sudah pasti mereka tidak bersolat selepas itu kerana mereka tidak mampu mengambil wuduk ketika datangnya waktu Dhuzur dan Asar. Sudah pasti mereka tidak bersolat pada ketika masuknya kedua waktu tersebut, dengan kata lain mereka dalam perjalanan meruntuhkan agama mereka jika mereka ini beragama Islam. Ini lah perkara yang puak libral dalam beragama mahukan, meruntuhkan agama Islam yang di lakukan oleh penganut agama Islam sendiri melalui acuan yang telah mereka rencanakan.

Ada juga di khabarkan ribut ini berlaku kerana dikhabarkan ada perancangan untuk mengadakan satu himpunan bagi meyokong seorang yang mengamal kebebasan bergama dan bebas melakukan sex walaupun dengan sejenis, merestui himpunan ini bererti menyokong apa sahaja tindak tanduk manusia yang mahu bebas melakukan apa sahaja di dunia ini tanpa menghirau Amaran Allah akan datang bila bila masa sahaja.

Maka kejadian ribut yang berlaku hari ini adalah sebagai amaran Allah kepada mereka mereka, sebelum ribut ini datang kepada kamu segeralah kamu bertaubat.

http://postmetro.net/kamu-halalkan-yang-haram-tunggulah-ribut-ini-datang-kepada-kamu/

Image | This entry was posted in Kamu Halalkan Yang Haram Tunggulah Ribut Ini Datang Kepada Kamu. and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Kamu Halalkan Yang Haram Tunggulah Ribut Ini Datang Kepada Kamu.

  1. Rani says:

    kamu jatuhkan hukuman pada anwar yg difitnah… tunggulah bala Allah yg kamu tidak sangka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s