Cukup Cukup la Menjadi Melayu Yang Kurang Bijak Menyokong Anwar Ibrahim


Oleh rmf

Satu pendekatan yang sama sedang dirancang oleh pihak pembangkang dimana mengerahkan seluruh jentera mereka untuk mengadakan himpunan  di Istana Kehakiman  negara sebagai satu bantahan untuk  pihak perundangan didalam negara ini  menjalankan pengadilan terhadap Anwar Ibrahim.  Pada tahun 1998 dahulu satu tindakan yang sama juga  dilakukan sehingga menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan ketenteraman dikalangan rakyat marhaen.

Apakah dengan tindakan ini mereka beranggapan bahawa tekanan  tersebut akan dapat  memberikan tekanan kepada sistem kehakiman dan perundangan negara ini. Nampaknya mereka silap segalanya Kedaulatan undang undang telah termaktub didalam rukun  negara. Maka sebagai negara yang berdaulat , tekanan sedemikian tidak akan membuahkan hasil malahan  berkemungkinan akan meyebabkan  perlaksanaan undang undang terhadap mereka dilakukan.

Setelah 69 kali penangguhan dilakukan, 38 rayuan masihkah tidak cukup untuk menunjukkan bahawa mahkamah telah menjalankan  satu sitem yang cukup adil  untuk Anwar Ibrahim. Tetapi memang dasar pembangkang setiap apa yang tidak memihak kepada mereka pastinya akan ditentang walaupun dalam perkara yang salah.

Demontrasi akan dilaksanakan sedikit masa nanti adalah sebagai bantahan terhadap  sabitan kesalahan kepada Anwar Ibrahim. Apa yang kita lihat “kebodohan”  berdemo ini rata ratanya adalah di kalangan orang orang Melayu yang cetek otak pemikirannya. Sedangkan bangsa lain bergembira di komplek melihat kebodohan mereka ini.

Apa yang pasti majoriti yang akan turun ‘berdemo’ ini adalah orang -orang  Melayu. Orang Melayu yang dilihat terkebelakang dari segi ekonomi dan terkebelakang dalam  pencapaian akedamiknya  adalah merupakan golongan ‘sasaran’ , kerana golongan ini amat  mudah untuk dimanipulasi dan diperkudakan. Bersendikan ‘kemiskinan’ serta ‘dituduh’ kena tipu dengan Pemerintah, dijadikan ‘bahan penuba’ untuk mereka ‘menjala’ hati kelompok ini

Pemimpin yang sebenarnya hidup dalam kemewahan ‘mengambarkan’ bahawa mereka juga terkesan dengan keputusan yang diambil Kerajaan tetapi pada masa yang sama ‘harta rampasan’ melalui projek yang mereka cipta ‘dilapun’ seadanya tanpa memperdulikan nasib rakyat. Lihat saja di Pulau Pinang serta di Selangor bagaimana rakusnya mereka meranapkan setiap apa yang ada. Apakah yang pendemo permimpin  ini dapat?

Tetapi kita harus tahu bahawa Anwar Ibrahim dan  geng pakatanya serta NGO NGO mereka sebenarnya mahu ‘menggulingkan Kerajaan’ dalam apa juga agenda yang mempergunakan orang melayu terutama golongan muda adalah ‘jalan mudah’ untuk ke arah itu.  Sekiranya agenda ‘mengguling Kerajaan’ ini berjaya dilakukan dengan bantuan ‘keldai-keldai’ Melayu ini, maka, Anwar Ibrahim ‘bakal’ terlepas dari hukuman mahkamah. Itulah sebenarnya ‘jalan cerita’ yang ingin dipentaskan olih Pembangkang.

Selanjutnya kita tunggulah  apa kesudahan ‘cerita’ yang direka Anwar Ibrahim dan Puak Pakatan ini.  Apa yang pasti aka nada agenda lain untuk menghuru harakan  yang dirancang  pada 29hb ini nanti. Justeru itu  sepatutnya anak anak Melayu patut dan harus sedar bahawa mereka sedang dipergunakan sepenuhnya atas nama perjuangan yang tidak berkesudahan. Apakah yang mereka mampu lakukan sekiranya hukuman tetap dijatuhkan ke atas Anwar Ibrahim kelak. Cukup cukup lah menjadi saorang yang cukup bodoh sehingga mengabaikan masa depan demi memperjuangkan orang yang sudah tentu bersalah.

Image | This entry was posted in Cukup Cukup la Menjadi Melayu Yang Kurang Bijak Menyokong Anwar Ibrahim and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s