RESPON !! – Puteri Media & Penerangan Adalah Sayap Penting- Bukan Sekadar Pelengkap


Oleh rmf

Setelah saya membaca  keluhan Puteri yang dimuatkan didakam I4TT , secara jelasnya saya beranggapan bahawa kritikan yang diberikan oleh sebuah blog yang tersohor itu  tidak mencerminkan satu keadaan yang toleransi didalam melakukan penilaian terhadap segala usaha yang dilakukan oleh  kumpulan Sayap puteri didalam mana mana PRK di negara ini.

Sepanjang pemerhatian saya terhadap sayap puteri selama ini, kemajuan yang mereka tunjukkan telah melebihi apa yang telah berlaku selama ini. Sebelum ini puteri  dianggap sebagai pelengkap yang tidak mempunyai fungsi didalam mana mana PRK atau PRU didalam negara ini.

Tetapi sejak beberapa tahun yang lepas, kemajuan kerja yang saya perhatikan telah menunjukkan bahawa puteri adalah satu sayap yang amat penting didalam  mana mana PRK atau PRU. Penglibatan mereka didalam komuniti dan cara mereka berinteraksi amat berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini. Gaya mereka berpakaian telah banyak berubah didalam menyesuaikan diri  kepada komuniti setempat.

Ini adalah salah satu perkembangan yang cukup baik jika dilihat dari sebelum ini. Perubahan puteri didalam hal ini telah tidak banyak menimbulkan persepsi dikalangan pembangkang yang mana sejak dahulu. Didalam melakukan kerja kerja pilihanraya saya melihat  banyak  gerakan gerakan yang dilakukan tanpa  sempadan masa.

Mereka mampu kemana sahaja dengan  agenda merapatkan sokongan pengundi kepada Barisan Nasional. Ini tidak dapat dinafikan, gaya mereka yang bersopan dalam berpakaian telah menarik minat banyak golongan muda  menyokong  Barisan Nasional.

Didalam beberapa Pilihanraya yang saya hadiri sebagai pemerhati gerak kerja,  Saya melihat pengorbanan puteri amat jauh  kehadapan berbanding dengan penglibatan pemuda disudut akar umbi. Mereka (Puteri) tidak perlu kan gaya yang elegan untuk bersemuka dengan mana mana pihak atau memgikut para pemimpin kesana kemari untuk menunjukkan mutu kerja mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa trasfomasi baru  didalam puteri ini agak mengejutkan  banyak pihak. Peningkatan  mutu kerja mereka  sememanngnya dikaui. Tetapi dalam hal yang sedemikian sepatutnya kata kata sokongan dan  panduan diberikan kepada mereka , bukan kita mengkritik  sehingga mereka ini dianggap tiada tempat didalam perjalanan politik negara.

Sebagaimana post saya  bertajuk ” Puteri Media Sosial dan Digital UMNO Semakin Berani /  – Saya mengakui perubahan yang berlaku , Justeru itu, saya amat tidak bersetuju dengan kecaman yang dilakukan  terhadap mereka. Ini adalah kerana  puteri yang sekarang adalah lebih berjiea dalam perjuangan dan mereka ini adalah  lebih memperlihatkan komitment didalam tugasan yang diberikan.

Didalam PRK Kajang, saya melihat bahawa ada sebilangan puteri  sanggup menggunakan gadget sendiri untuk menjalankan tugasan yang diberikan.. Apakah ini bukan perngorbanan yang terbesar  dimana mereka sanggup lakukan untuk parti.

Dalam PRK Kajang juga saya diberitahu bahawa ada dikalangan wanita dan Pemuda  menggunakan  puteri untuk menjalankan kerja kerja yang diamanahkan kepada mereka., Namun sebagai sayap  mereka akur dan menjalankan tugasan tersebut walaupun kita tahu  Puteri adalah Puteri, Pemuda adalah pemuda dan wanita adalah wanita. Tetapi mereka sanggup lakukan tugasan orang lain untuk memastikan  segala maklumat disalurkan  bertepatan dengan masa yang ditetapkan.

Jangan cepat menilai jika kita hanya melihat pada luaran sahaja. Saya  secara peribadinya amat teruja melihat  perkembangan yang  terjadi dikalangan puteri. Namun jangan kerana terasa  ada ancaman dek kewibawaan puteri didalam melakukan tugasan , mereka ini di tohmah dengan kepelbagaian cara. Saya tidak setuju didalam hal ini.

Justeru itu, saya beranggapan bahawa mereka ini adalah kepimpinan masa depan, yang mana perlukan kepada panduan dan tunjuk ajar dari oarang orang yang berpengalaman dalam politik. Kesilapan mereka adalah kesilapan  pemimpin lama yang tidak memberikan panduan untuk mereka.

Secara peribadi  saya meyeru, terutama kepada unit media puteri agar lebih mempunyai daya tahan , semangat junag yang tinggi dan sentiasa menimba ilmu dari mana mana pihak yang berpengalaman dan “jangan Cepat Melatah” kerana didalam media ada strategi yang kadang kala  menggunkan  taktikal reverse  yang memungkinkan berlaku “Melatah” apabila kita kekurangan ilmu.dan akan meyebabkan kita diserang semula.

Akhir sekali puteri umno terus mara kehadapan dengan apa juga cabbaran yang ada. Ingat ” Hanya yang Cekal dan Tabah sahaja yang mampu mengharungi rintangan” – Jadilah puteri yang kental, berwibawa dalam perjuangan, Hindarkan perkara seperti hasad dengki, adu domba dan sentimental  dengan pencapaian rakan puteri yang lain. Lihat kemampuan, tuntut apa juga ilmu untuk menjadikan Puteri itu hebat dan berbisa.

This entry was posted in RESPON !! - Puteri Media & Penerangan Adalah Sayap Penting- Bukan Sekadar Pelengkap and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s