Kesan Pengurangan Subsidi Kepada Negara dan Rakyat


Oleh rmf

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013 .

Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah.

Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi. Subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat.

Subsidi seumpama candu yang menjadi ketagihan kepada rakyat Malaysia. Subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet,

Pemotongan subsidi ini akan mengurangankan defisit bajet kerajaan  dan boleh menggunakan hasil subsidi untuk pembangunan yang  seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

Keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan dan tidak membebankan rakyat secara  kritikal. Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

Setiap perkara yang dilakukan  mempunyai kesan  kebaikan dan keburukan. Tetapi kesan ini yang pada kebanyakan kita  memikirkan bahawa ianya adalah satu bebanan setelah sekian lama kita menikmatinya.

Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja.

Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Tetapi di satu sudut yang lain pula, penarikan subsidi ini akan memberikan kesan yang cukup  hebat kepada golongan miskin. Jika subsidi baja dan subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi.

Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Golongan berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi.

Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering). Api inflasi akan menyemarakkan.  Jika di luar kawalan, ekonomi Negara juga akan lumpuh.

Malaysia dijangka berada pada kadar 2.5% hingga 3% peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi

Dengan kadar 2.75 peratus (2011) tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa

This entry was posted in Kesan Pengurangan Subsidi Kepada Negara dan Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s