Cybertrooper kata Menteri Kewangan 2 tak Berkaitan , Kerja DS Najib, Biar Mykmu yang jawab


Oleh rmf

Sebab cybertroopers Datuk Husni Hanadzlah kata kenaikan ini tiada kena mengena dengan Menteri Kewangan kedua tersebut, ini kerja DS Najib, Ketua Setiausaha Kementerian dan Menteri KPDNKK, maka mykmu tolong jawablah isu petrol ini.

Kerajaan Masih Subsidi RON 95 sebanyak 28 sen seliter

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014. Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol RON 95 ialah pada 2013 dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan ketika itu kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun 2013 ialah sebanyak RM24.8 bilion.

Menurut kenyataan Kerajaan harga sebenar pasaran RON 95 menyatakan harga petrol jenis tersebut sekarang ialah RM 2.58 seliter dan disel RM 2.52 seliter.

Ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 28 sen seliter bagi Ron 95 dan 32 sen untuk Diesel.

Terdapat persoalan mengenai pengurangan subsidi petrol ini berlaku ketiga harga minyak dunia 2014 telah jatuh sehingga USD 90 setong.

IMG-20141001-WA0102

Sungguhpun harga minyak jatuh sepanjang tahun ini, namun kerajaan masih memberi subsidi yang besar untuk petrol dan terpaksa belanja lebih apabila harga petrol naik tetapi harga ron 95 tidak dinaikkan.

Dengan pengurangan subsidi ini, kerajaan masih perlu mengeluarkan bajet sebanyak RM 21 bilion bagi subsidi bahan bakar pada tahun hadapan.

This entry was posted in Biar Mykmu yang jawab and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Cybertrooper kata Menteri Kewangan 2 tak Berkaitan , Kerja DS Najib, Biar Mykmu yang jawab

  1. bretpit says:

    tak usah citer pembangkang nak berdemo,penyokong pung turut berdemo,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s