Harga Petrol: Kerajaan Perlu Fahami Masalah Rakyat Dan Tolak Sistem Kupon Subsidi


Oleh rmf

Oleh Ab Jalil Backer

Kenaikan mengejut sebanyak RM 0.20 (dua puluh sen) untuk petrol RON 95 tidak dapat dielakkan lagi menjelang Bajet 2015 bagi membolehkan kerajaan mengurangkan bebaban subsidi bahan bakar yang mencecah RM 24 bilion pada tahun lalu.

Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter mulai 2 Oktober 2014 akan mengurangkan peruntukan subsidi bahan bakar dari RM 24 Bilion kepada 21 Bilion ini dijangka membolehkan kerajaan memperuntukan sebanyak RM 3 bilion lagi bagi pembangunan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

Namun kerajaan juga perlu sedar bahawa pengurusan kos sara hidup rakyat yang dijalankan sekarang ini tidak membantu majoriti rakyat negara ini.

Golongan yang paling tersepit ialah mereka yang berpendapatan RM 5,000 – 10,000 sebulan yang terpaksa membiayai cukai pendapatan yang tinggi, pendidikan tadika anak-anak, harga petrol yang melambung, kereta yang dikenakan cukai tinggi, kadar pinjaman asas perumahan yang meningkat, kenaikan bayaran tol dan kenaikan harga barang.

Tidak lama lagi kumpulan ini yang tidak menerima faedah langsung dari kerajaan seperti kelas tadika Kemas, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pengecualian cukai mungkin tergolong dalam kumpulan miskin bandar yang baru.

Ini isu yang boleh dibahaskan dalam keadaan lain.

Yang menimbulkan persoalan sekarang ialah mengapa Kementerian Kewangan khususnya Menteri Kewangan Kedua mengambil keputusan untuk menimbangkan sistem pemberian kupon subsidi petrol sedangkan kos subsidi petrol telah pun dikurangkan sehingga ke 28 sen seliter mulai esok?

Mengapa kerajaan perlu membazirkan wang rakyat membayar kepada syarikat penyedia sistem ini semata-mata untuk mengasingkan penerima subsidi petrol RON 95 yang sudah tinggal 28 sen ini?

Jika kerajaan merasakan subsidi sebanyak 28 sen seliter ini juga menyusahkan kerajaan dan Kementerian kewangan lebih baik hapuskan terus subsidi ini daripada menyediakan pelbagai sistem subsidi yang kemudiannya menyebabkan lebih banyak ketirisan.

Masalah orang ramai bukanlah kenaikan harga petrol semata. Ia lebih kepada berlakunya kenaikan melampau harga barangan dan perkhidmatan akibat kenaikan harga petrol ini.

Justeru, secara logiknya, apa guna disediakan sistem kupon subsidi petrol untuk memberi bantuan kepada kumpulan tertentu tetapi dalam masa yang sama menjejaskan seluruh rakyat lain akibat kesan rantaian dari kenaikan petrol?

Tidak ada sebab untuk kerajaan membayar beratus juta kepada syarikat pembekal sistem ini hanya untuk memuaskan hati kumpulan rakyat tertentu tetapi menyebabkan majoriti rakyat membenci kerajaan.

Dari segi kewangan negara dan politik, ini tidak masuk akal. Ia hanya masuk akal kepada pelobi dan pembuat keputusan yang berkepentingan.

Jika tiada kepentingan mengapa terdapat dakwaan kertas projek sistem ini dibuat oleh syarikat lain tetapi syarikat lain yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan terutamanya pejabat menteri Kewangan Kedua?

Jadi adalah lebih elok dengan kenaikan ini, Kementeri Kewangan menghentikan terus sebarang pertimbangan satu lagi sistem pemberian subsidi petrol yang hanya akan membazirkan wang rakyat.

IMG-20141001-WA0127

http://www.mykmu.net/2014/10/01/harga-petrol-kerajaan-perlu-fahami-masalah-rakyat-dan-tolak-kupon-subsidi/

This entry was posted in Harga Petrol: Kerajaan Perlu Fahami Masalah Rakyat Dan Tolak Sistem Kupon Subsidi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s