Wujudkah Patriotisme Di Kalangan Generasi Muda Masakini


Oleh rmf

Patriotisme ada satu perkataan yang mudah disebut tetapi amat sukar untuk dilaksaanakan perbuatan maksud yang terkandung didalamnya. Patriotisme merujuk kepada sikap luaran dan dalaman sesaorang warga Negara terhadap negaranya.

Dalam konteks masa kini, patriotisme boleh kita tafsirkan sebagai sikap, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan dan sebagainya

“Berikan daku 10 orang pemuda yang gagah perkasa, nescaya akan daku goncangkan dunia ini”  Ungkapan yang paling popular pernah dikeluarkan oleh Pemimpin Indonesia Sukarno  merujuk kepada betapa pentingnya  satu golongan generasi muda yang berilmu untuk menguasai  pelbagai bidang.

Kealpaan generasi muda masa kini telah dapat diperlihatkan dengan jelas melalui pembentukkan sahsiah mereka didalam kehidupan masakini.  Golongan ini dilahirkan dalam keadaan kesenangan di hadapan mata, Mereka ini mudah dipengaruhi dengan anasir yang kurang sihat dan terlalu terikut ikut dengan gaya kebebasan yang akhirnya akan merosakkan satu generasi kepimpinan masa akan datang.

Jika kita perhatikan sekarang segelintir anak muda amat mudah mempercayai fitnah terhadap kerajaan , terikut-ikut dengan dakyah politik , menghentam pihak pemimpin dari belakang , memburukkan nama kerajaan yang adil , menyebarkan fitnah / khabar angin palsu sehingga ke satu tahap anak muda ini menyertai perhimpunan haram , tunjuk perasaan dan sebagainya yang menyasarkan pihak kerajaan.

Amat mendukacitakan bila mana ada dikalangan generasi muda ini sanggup mencaci , mengutuk malah menghina pejuang yang sudah tiada , dimana pejuang tersebut dimasa hidupnya telah mengorbankan segalanya termasuk nyawa mereka untuk memestikan generasi masakini hidup  didalam keadaan aman dan damai.

Mereka tidak hargai kemerdekaan khususnya keamanan yang kita telah kecapi selama ini , lupa dengan pengorbanan orang terdahulu mencari erti kemerdekaan dan tidak tahu bersyukur

Remaja belia jelas merupakan kumpulan sasar utama bagi pihak pihak tertentu untuk melancarkan ideology  berhaluan kiri  dan menggunakan mereka sebagai perisai dan alat untuk menjajah sesabuah Negara. Ini dapat dibuktikkan bagaimana beberapa buah Negara Telok menggunakan generasi muda  yang mudah dipengaruhi untuk mencapaikan hasrat agenda barat.

Akhirnya Negara telah menjadi cagaran dan taruhan nasib  disebabkan semangat patriotism yang tiada didalam diri generasi muda yang tidak berilmu. Natijah perbuatan mereka itu bakal mengakibatkan keseluruhan Negara dijajah semula dan menjadi hamba kepada kuasa asing.

Dengan globalisasi yang semakin memecahkan segala tembok sempadan, perasaan sepunya(sense of belonging) turut terhakis. Patriotisme dengan nilai-nilai, semangat dan tindak-tanduk yang bertunjangkan kepentingan nasional sudah tentu terpaksa bersaing hebat dengan pengaruh global yang kuat dan semakin mencabar.

Patriotisme diperlukan dan semestinya diterapkan semula  untuk ketahanan nasional dan menjamin kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa.

Patriotisme bukan persoalan kecil, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara-bangsa yang baru cuba bertapak dan tegak berdiri di atas dekad dan keyakinan sendiri. Di samping berusaha memupuknya dengan berbagai-bagai cara, langkah-langkah berterusan perlu dibuat bagi mencapai tujuan patriotisme, yakni memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan negara-bangsa.

 

 

 

 

This entry was posted in Wujudkah Patriotisme Di Kalangan Generasi Muda Masakini and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Wujudkah Patriotisme Di Kalangan Generasi Muda Masakini

  1. Tubir says:

    Jangan tanya golongan muda….tapi tanyalah golongan pemimpin tua apa yang merika dah jual dan gadai dimasa lalu.Apalagi yang tingal untuk genarasi muda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s