Tinggalkan DAP :Bersatu Demi Agama Bangsa Dan Negara


Oleh rmf

“Disini Lahirnya Sebuah Cinta” tema yang cukup menyentuh hati dan perasaan sebagai warganegara yang cintakan tanah airnya, Agamanya dan bangsanya didalam sebuah Negara yang berdaulat iaitu MalaysiaTetapi sesebalik kecintaan itu , Islam didalam Negara ini terus menerus di hina , bangsa yang dihina serta memburukkan Negara sendiri dimata dunia.

Apakah kecintaan itu wujud dihati kita jika kita melakukan sedemikian terhadap Negara kita sendiri?

Jelas sekali di waktu ini umat Islam amat tertindas dan terhina di dunia. Kita kecewa kerana walaupun mereka sering bercakap berkenaan hak asasi manusia, berkenaan keadilan, tetapi orang Islam nampaknya dikecualikan, tidak berhak dan boleh ditindas bila-bila dan di mana-mana sahaja.

Perkara ini berlaku bukan sahaja diseluruh dunia , malah kini sedang menular hebat di Negara kita Malaysia, penghinaan sebegini  seakan tiada kesudahannya.

Buat kali pertama orang Melayu terkejut, terkejut kerana mereka akan menjadi “the disposessed in their own land”, orang yang tidak berhak di negara sendiri. Keadaan mereka mungkin jadi seperti orang Palestin di Palestin, atau orang Red Indian di Amerika Syarikat dan Kanada, orang Maori di New Zealand.

Miskin, tidak berilmu pengetahuan, terbahagi kepada negeri-negeri kecil dengan kesetiaan terhad kepada raja masing-masing, tidak bersenjata dan tidak mempunyai badan yang boleh mewakili mereka, ternampak jelas bahawa orang Melayu akan kehilangan tanahair mereka.

Mereka akan menjadi kuli di negeri sendiri, diperintah oleh orang lain yang jauh lebih kaya, lebih terpelajar dan lebih dipercayai oleh penjajah untuk mengikuti telunjuk mereka.

Kita bersyukur beribu kali kerana di waktu itu orang Melayu mengutamakan perpaduan. UMNOlah yang menyatupadukan orang Melayu. Tidak ada badan lain yang dapat menjayakan perpaduan ini, perpaduan yang begitu penting untuk menjayakan perjuangan orang Melayu

Hari ini orang Melayu sudah tidak mengutamakan perpaduan lagi. Apa sahaja boleh memecahbelahkan orang Melayu. Rebutan tempat dalam parti, sangkaan buruk yang tidak berasas kepada pemimpin, kekecewaan dalam mendapat peluang perniagaan, hasutan oleh parti lawan, perasaan terlalu terselamat dan berbagai-bagai lagi boleh memecahbelahkan orang Melayu.

Mereka bukan sahaja sanggup berpecah tetapi ramai yang sanggup bersubahat dengan orang yang bermusuh dengan orang Melayu untuk menggagalkan perjuangan orang Melayu. Demikian PAS yang dahulu mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, sekarang sanggup berpeluk-peluk dengan pemimpin DAP yang menolak Malaysia sebagai negara Islam.

Namun masih ramai orang Melayu yang tidak mahu bersatupadu dalam UMNO atau sekurang-kurangnya tidak mengasingkan diri daripada majoriti orang Melayu yang menyokong UMNO. Nikmat yang banyak yang mereka terima hasil perjuangan UMNO dilupakan kerana mereka diajar oleh pihak tertentu supaya tidak berterima kasih apabila diberi sesuatu.

Wujudnya PKR diarena politik Malaysia telah merumitkan lagi keadaan dengan dasar dasar yang diperjuangkan itu semunay memperlihatkan ketidak seimbangan budaya ketimuran yang selama ini dijaga.

PKR , DAP Serta PAS bergabung dalam satu gagasan untuk menentang apa juga yang dilakukan oleh UMNO yang mana mementingkan perpaduan kaum didalam Negara ini. Kumpulan ini menimbulkan banyak pertikaian dan cabaran politik terhadap kerajaan sehinggakan kerajaan dilihat sebagai kerajaan yang tidak adil dan kejam

Sebaliknya itu yang telah berlaku dikalangan kumpulan ini. Mereka bercakaran sesame sendiri. Mereka menikam rakan seperjuangan mereka dari belakang. Mangsa terbaru mereka ialah Khalid Ibrahim yang mana tidak diberikan keadilan yang sepatutnya demi untuk mendapatkan kuasa.

Perpecahan semakin ketara berlaku di kalangan orang Melayu disebabkan serangan-serangan yang tidak berasas ke atas UMNO. Dalam sistem demokrasi memanglah ada peranan bagi parti pembangkang.

Tanpa pembangkang parti pemerintah mungkin membuat kesalahan yang banyak kerana tidak ditegur. Perpecahan yang boleh berlaku kerana salah laku Pemerintah tidaklah serius. Walaupun sokongan diberi kepada parti lawan, tetapi kesedaran dan kesetiaan kepada bangsa dan agama masih boleh diadakan. Apabila bangsa atau agama terancam maka pemerintah dan pembangkang boleh bersatu untuk maksud mempertahankan bangsa dan agama sendiri.

Jelas sekali bahawa kebencian yang tidak berasas yang dipupuk dalam hati sanubari pengikut PAS dari kecil sehingga tidak dapat berfikir, dan permusuhan yang ketat hasil daripadanya; kebencian ini menghalang perpaduan walaupun apabila menghadapi musuh yang sama.

`Inilah keadaan yang kita lihat di kalangan orang Melayu sekarang. Politik yang tidak rasional, politik benci sudah menular sehingga menghancurkan nilai yang mulia yang diajar oleh agama Islam seperti bersyukur, berterima kasih, bersaudara sesama Islam dan lain-lain.

This entry was posted in Tinggalkan DAP :Bersatu Demi Agama Bangsa Dan Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s