Teguran Tun M adalah Sebahagian Dari Rukun Organisasi


Oleh rmf

Gawat!! Itu lah ayat pertama saya  tulis apabila melihat kenyataan kenyataan  yang dikeluarkan oleh  pelbagai pihak berhubung dengan kenyataan Tun Mahathir  yang menegur  kepimpinan tertinggi Negara.Teguran yang biasa dilakukan oleh Tun M apabila melihat beberapa aspek yang  perlukan penambahabiakan  secara drastik  untuk memperlengkapkan  sistem  pentadbiran Negara.

Siapakah yang tidak sayang negaranya sendiri,  bukankah cerdik pandai telah  berkata, “Pemimpin yang baik itu adalah pemimpin yang boleh menerima pandangan dan teguran dari orang bawahannya”-  Ini lah yang dilakukan oleh Tun M secara terbuka  membuat teguran yang mana  menjadi viral didalam media  sosial dengan pelbagai kenyataan yang keluar dari “pembodek”

Disini saya ingin mengingatkan , apakah  pengkritik  kenyataan tun ini tidak memahami apa yang dinamakan “Rukun Organisasi” yang mana telah termaktub sebagai garis panduan bagi semua pihak untuk mengikutinya.

Untuk menjayakan sesebuah organisasi maka pemimpin-pemimpinnya, di semua peringkat, hendaklah mengenal dan mengamalkan RUKUN ORGANISASI. Pada pendapat saya Rukun Organisasi ini berguna bukan sahaja kepada persatuan  tetapi juga untuk menjayakan apa saja oraganisasi di Malaysia dan di seluruh dunia.

Rukun Organisasi ialah pra-syarat yang diketengahkan, oleh Professor Emiritus Theodore Caplow dari Virginia Universiti, USA, untuk menjayakan apa jua oraganisasi. Dari banyak buku mengenai kepimpinan, pengurusan dan organisasi .Buku ‘How to Run Any Organisation’ karangan Professor Caplow inilah yang paling mudah, relevan, praktikal dan boleh digunakan untuk menjayakan apa jua organisasi.

Pemimpin organisasi dari semua peringkat hendaklah mengingati, menyedari dan menginsafi punca kuasa yang diperolehinya. Ini termasuklah mengkaji kemajuan projek atau untuk menukar pemimpin, adalah satu rampasan kuasa ahli-ahli oleh pemimpinnya. Ianya boleh membawa organisasi berkenaan terhumban ke dalam lembah krisis.

Lantaran itu Tun M mengambil sebahagian daripada rukun yang terkandung  itu untuk melakukan teguran terhadap kepimpinan yang ada. Ini adalah salah satu gerakan demokrasi yang sihat walaupun ada sebahagian dari kita  tidak berapa suka  membaca teguran tersebut.

Bukan semua tokoh yang kelihatan layak dan mampu untuk menjadi pemimpin gantian telah membuktikan keupayaan mereka apabila sudah dipilih menduduki pucuk pimpinan. Malahan satu kegagalan Tun Dr. Mahathir yang sangat ketara ialah kesilapan beliau dalam menunjuk, memilih atau mendidik pengganti. Tiga kali beliau didera kerana kesilapan ini.

Walau bagaimana pun di waktu beliau membuat pilihan majoriti ahli UMNO juga bersetuju dengan pilihan beliau. Malahan rakyat juga menyokong pilihan gantinya kerana memberi sokongon dalam pilihanraya.

Kesilapan begini tidak dapat di elakkan kerana sejarah membuktikan seseorang yang berjaya mengharungi hidup kelihatan sederhana atau susah, kelihatan gigih berjuang sebagai orang bawahan dan menengah yang cekap dan baik, tidak semestinya boleh mengekalkan akhlak dan sifatnya apabila mendapat pangkat, kuasa dan kekayaan. Pangkat, kuasa dan kekayaan adalah ancaman terbesar bagi diri seseorang yang baru jadi pemimpin.

Jadi untuk memastikann kegemilangan tersebut Tun M melakukan teguran agar kesilapan yang beliau lakukan itu tidak akan terjadi semula dan dijadikan pengajaran  dan teladan kepada pemimpin yang ada. Nasihat pandangan itu diutarakan, dinilai oleh mereka relevan atau tidaknya untuk diguna pakai.

Tun Dr. Mahathir dianggap sebagai pemimpin yang di sanjungi di seluruh dunia Islam kerana walau pun naiknya bukan kerana imej Islamnya, tetapi apabila menerajui pemerintahan beliau menghayati dan mengamalkan kehendak Islam, semaksimum mungkin, dalam negara Malaysia yang majmuk,

Jesteru itu, adalah menjadi kewajipan kepada semua untuk menegur kesilapan pemimpin agar struktur sistem pemerintahan itu dilihat lebih demokrasi dan terbuka untuk menerima pandangan dan  teguran yang membina . Rukun Organisasi harus  dipraktikkan  dengan sebaiknya.

This entry was posted in Teguran Tun M adalah Sebahagian Dari Rukun Organisasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s