Perbezaan Dasar Kerajaan dan Dasar Pembangkang.


Oleh rmf

Sudah menjadi lumrah pihak pembangkang, dimana mana sahaja negeri di Malaysia yang mempinuai dana dan kewangan yang kukuh, mereka mula meabur fitnah dan menterbalikkan fakta dan berbohong kepada rakyat  untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati  dan agar rakyat memberontak dalam demontrasi.

Perkara ini bukan baru, telah  lama direncanakan agar segala tohmahan dan juga fitnah yang tidak berfakta dilemparkan akan  menjadi satu kenyataan untuk rakyat mempercayainya.

Sesiapa yanbg telah mengkaji dan mengenali pembangkang di Malaysia  tidak akan berasa hairan dimana melihat ragam  mereka hanya lah berpolitik 24 jam tanpa mengambil kisah hal hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Jika kita imbas semula  dan bertanya kepada mereka, berapa banyakkah pembangunan yang boleh dijadikan contoh  didalam pemerintahan mereka  yang telah dilakukan. Jawapan tidak ada semuanya hanya retorik dan pembohongan semata mata.

Kerajaan tanpa henti setiap masa melancarkan pelbagai transformasi dengan bermatlamatkan  dan ingin menjadikan  Malaysia  sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan budaya bekerja keras  untuk meningkatkan pendapatan perkapita kepada USD15,000 menjelang  tahun 2020 dimana negara ini akan diktiraf sebagi sebuah negara yang maju.

Untuk mencapai matlamat tersebut kerajaan  telah banyak memperkenalkan idea idea baru bagi membolehkan negara melakukan lonjakan berganda.

Dimasa yang sama pihak pembangkang berusaha keras untuk melakukan satu refomasi untuk menobatkan sesaorang untuk menjadi perdana menteri yang menjadi idaman  diri akan tetapi tanpa apa pun menyumbang idea  untuk pembangunan negara. Inilah yang telah dilakukan oleh mereka sejak  dulu lagi.

Dasar kerajaan yang ternyata nampak begerak ke arah matlamat didalam membasmi kemiskinan dan sebanyak 44,643 isi rumah yang telah melepasi garis kemiskinan pada tahun 2010.

Apa yang berlaku sekarang diperingkat pembangkang adalah mereka Berjaya meningkatkan golongan yang dikatakan  manusia yang tidak pernah patuh kepada perundangan negara dan menjadikan negara ini  sebagi sebuah negara yang dianggap tidak mempunyai undang undang.

Pembagunan sahsiah  anak anak  pakatan rakyat Berjaya melahirkan  golongan anak anak remaja dan anak  anak kecil sebagai pelapis didalam demontrasi , pelapis sebagai benteng  pilihanraya dan digunakan sebagai  bahan untuk memperlihatkan  minda  generasi akan datang yang dicukuk hidung.

Kerajaan tanpa jemu  telah memperkenalkan dasar  pendidikan awal yang mana di terapkan didalam program Permata dan kemasukan awal prasekolah bagi menjamin generasi yang akan datang adalah generasi yang berdaya saing dan berilmu sebagai bakal pemimpin negara.

Dibidang keselamatan pula, kerajaan berusaha keras  bagi mengurangkan kadar jenaya pada titik titik panas dan beberapa negeri yang dianggap panas didalam peningkatakn kadar jenayah dengan mengerakkan pasukan simpanan persekutuan, Rela,  Pasuakan Gerakan Am untuk memastikan  rakyat berada didalam keadaan yang selamay dan dilindungi.

Bagi pihak pembangkang pula, Pasukan keselamatan merupakan pasukan yang mereka musihi, banyak fitnah , tohmahan dilemparkan kepada  pasukan keselamatan agar mengeujudkan  serta membangkitkan kemarahan rakyat dengan apa juga tindakan  yang diambil bagi pesalah  yang mana  dianggap sebagai melanggar hak hak kebebasan dan hak hak asasi kemanusiaan.

Ini lah sebahagian daripada  perangai warganegara yang tidak pernah sesekali bersyukur dengan nikmat dan rahmat keamanan yang dikecapi   dalam negara ini. Mereka lebih suka melihat  negara ini berada didalam keadaan yang tidak tenteram dan harmoni selagi cita cita mereka tidak kesampaian.

This entry was posted in Perbezaan Dasar Kerajaan dan Dasar Pembangkang. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s