Pakatan Tidak Layak menjadi Pemerintah.


Oleh rmf

Artikel ini dituliskan berdasarkan sejarah penubuhan Pakatan  dan segala tindak tanduk  kumpulan ini dalam arus politik negara. Ianya berdasarkan apa yang mereka lakukan dalam menjalankan tanggungjawab mereka keatas beberapa buah negeri yang dikuasainya.

Pakatan  telah memerintah beberapa buah negeri susulan kemenangan mereka  didalam PRU12 yang lalu, seterusnya disambung pada PRU13 dan penguasaan mereka keatas beberapa buah negeri.

50 sebab mengapa rakyat Malaysia mesti menolak pakatan didalam usaha mereka untuk memenangi PRU akan datang adalah berdasarkan kepada kejadian sebenarnya.

Mengapa Pakatan tidak layak menjadi pemerintah, ianya akan menjurus kepada  kehancuran kedaulatan negara dan negara ini sendiri. Ini adalah kerana mereka akan melancarkan penghapusan apa juga hak hak yang berkaitan dengan ketuanan Melayu Raja Raja dan juga bakal mengubah perlembagaan yang akan memihak kepada mereka.

Didalam hal ini Anwar Ibrahim semasa penubuhan PR telah menunjukkan  bahawa dia saorang yang mengamlkan jalan politik dengan berbohong dan merekacipta pelbagai fitnah untuk memburukkan kerajaan , diantara pembohongan terbesarnya ialah mengenai keracunan Arsenik dan Virus HIV yang dikatakan disuntik kepada beliau.

Dalam hal yang sama PR adalah sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita cita peribadi Anwar disampaing besekongkol dengan organisasi barat untuk mendapatkan dana  untuk menumbangkan kerajaan.

Dasar yang dilaksanakan mereka amat jelas iaitu untuk meruntuhkan hak hak yang ada pada orang Melayu yang mana termaktub dalam perlembagaan negara , banyak ucapan ucapan mereka menjurus kepada  perkara ini.

Sebagai pelengkap kepada agenda ini mereka sedaya upaya telah memberjuangkan Pluralisme yang mana merupakan satu penghinaan hebat terhadap Agama Islam di negara ini. Ini jelas untuk menjadikan semua agama adalah sama dan tidak boleh dianggap mempunyai keistimewaan.

Bukan itu sahaja  Pakatan Pembangkang sanggup memburukkan negara, Agama dan bangsa Melayu yang memerintah dan menyalurkan maklumat salah kepada negara luar dengan harapan pelabur tidak akan masuk untuk mengembangkan ekonomi negara ini.

Jesteru itu, pakatan pembangkang  telah menjadikan isu isu kecil  sebagai viral dan  mengerahkan segala kekuatran didalam demontrasi agar ianya dilihat sebagai satu tekanan kepada kerajaan yang memerintah tentang isu pembohongan yang mereka cipta sendiri disiarkan ke negara luar.

Mereka ini didalangi oleh puak rasis yang diketuai oleh parti sosialis yang mana berfahaman komunis iaitu DAP dan menggunakan demokrasi sebagi landasan menghalalkan perbuatan mereka.

Didalam hal puak rasis yang inginkan kesamarataan dalam segala hal sebagai isu demokrasi  menolak isu sekolah wawasan yang berpaksikan semua kaum dan  menghalang penubuhannya yang mana akan menutup sekolah aliran satu kaum. Ini lah yang saya katakana bahawa  agenda mereka adalah berkepentingan kaum oleh DAP.

Sebagai pelengkap , mereka telah melakukan penghinaan terhadap pasukan keselamatan  dan sanggup mengatakan bahawa pasukan keselamatan adalah berkepentingan politik dan menempelak pasukan keselamatan dan membela penjenayah jika ada tangkapan berlaku.

Penjenayah akan diarah dinobatkan sebagai wira negara dan pihak keselamatan akan dipersalahkan sekerasnya kerana mengambil tindakan tersebut. Cara demikian mereka menggunakan hak hak asasi  sebagai pelindung kepada jenayah yang dilakukan.

Pakatan tidak kira DAP, PKR atau PAS , semuanya mengamalkan politik kuku besi yang mana setiap keputusan yang diambil  tidak membenarkan apa juga pandangan dan cadangan disuarakan oleh akar umbi,

Setiap perbuatan mereka akan dilindungi dengan menuding jari kepada orang lain dan akan menjadikan org lain sebagai kambing hitam yang digunakan untuk disembelih.

Dengan demikian adakah mmasih relevan pakatan untuk memerintah Malaysia dengan kejadian penindasan yg berlaku dibeberapa buah negeri penguasaan mereka. Walaupun banyak lagi kisah kejadian , saya rasa cukup sedikit saya paparkan. Fikir sebelum terlambat.

This entry was posted in Pakatan Tidak Layak menjadi Pemerintah. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s