Komunis Alaf Baru dan Akta Hasutan


Oleh rmf

Wujud satu gerakan baru di Malaysia yang mahu menghapuskan akta hasutan 1948 dari undang-undang Malaysia.Mungkin mereka yang mahu menghapuskan akta ini tidak terfikir bahawa akta ini diwujudkan oleh mereka yang lebih memahami mengenai demokrasi.

Tidak lain dan tidak bukan adalah British. Tidakkah mereka ketahui bahawasanya Britishlah yang memutuskan agar perjalanan politik dan pemerintahan Tanah Melayu ditentukan melalui jalan demokrasi. Melalui sistem pilihanraya. Dan bukannya lagi bersandarkan kepada konsep raja berkuasa mutlak sepertimana yang terpakai di Brunei.

Namun British mengetahui bahawa, memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada rakyat Tanah Melayu atas nama demokrasi bakal membawa musibah yang lebih buruk kepada keselamatan dan keamanan di Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi Tanah Melayu sendiri sudah mempunyai satu komuniti rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa yang masing-masing terpisah dari aspek agama, kebudayaan dan cara hidup.

Ancaman komunis juga dikatakan sebagai punca Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan diwujudkan. Namun adakah disebabkan ancaman komunis menyebabkan British mewujudkan akta seperti ini

British merupakan pihak penjajah yang amat memahami sosiobudaya negara dan psikologi bangsa yang dijajahnya. Oleh kerana itulah kita melihat, British berjaya menakluk Tanah Melayu bukan dari jalan peperangan, sebaliknya melalui jalan diplomasi. Memang wujud beberapa siri peperangan, namun ianya hanyalah peperangan ‘kecil-kecilan’ yang tidak berskala besar.

Kembali kepada Akta Hasutan. Ketika wujud gerakan pengganas Komunis di Tanah Melayu, sememangnya wujud jurang yang besar diantara orang Melayu dan orang Cina. Kebanyakkan Orang Cina di Tanah Melayu pro-komunis kerana pengaruh dari negara asal mereka. Sepertimana yang kita ketahui China merupakan sebuah negara komunis terbesar di dunia. Dan sehingga hari ini, negara tembok besar itu terus menggunakan sistem yang sama dalam mentadbir negara berkenaan.

Orang Melayu pula tidak tertarik dengan komunis. Jika ada pun, ianya boleh dikira dengan jari. Salah satu punca mengapa orang Melayu tidak tertarik dengan Komunis adalah latar belakang politik mereka yang masih taat kepada Sultan. Dan ketika itu, kesemua Sultan-Sultan Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan British.

Dan British juga tahu, memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan memberikan demokrasi terbuka bukanlah jalan terbaik untuk mengekalkan keamanan di Tanah Melayu. Setiap bangsa di Tanah Melayu mempunyai pemikiran radikal yang amat berbahaya kepada sebuah negara yang baru Merdeka.

Parti Komunis Malaya pada asalnya bukanlah sebuah parti yang diharamkan di Tanah Melayu. Ianya adalah sebuah parti yang sah seperti parti-parti atau pertubuhan yang ada sebelum merdeka. Namun disebabkan propaganda komunis yang dilihat amat mengancam ketenteraman dan keselamatan masyarakat awam, maka parti tersebut diharamkan.

Jadi ‘key factor’ mengapa British, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mewujudkan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri hanyalah bertujuan mengekalkan keamanan di negara jajahannya – Tanah Melayu. Jadi, jika British yang ‘dah lama’ mengamalkan demokrasi pun masih mewujudkan undang-undang bersifat ‘mencegah’, kenapa kita yang baru nak ‘mengenal’ erti demokrasi ini terburu-buru nak menghapuskannya?

Memang benar, negara kita sekarang boleh dikatakan sudah bebas dari pengaruh komunis, namun jangan dilupakan, komunis bukannya banggunan atau orang perseorangan. Komunis adalah ideologi. Ideologi tidak memerlukan banggunan, warna-warna tertentu untuk mempotretkan watak mereka. Dan Ideologi tidak akan mati. Pastinya ‘komunis lampau’ mempelajari kesilapan mereka.

Maka untuk misi yang akan datang, mereka tidak lagi menggunakan nama dan panggilan komunis. Sebaliknya cukup menamakan diri mereka dengan nama-nama yang berhampiran dengan ‘demokrasi’ agar kecenderungan mereka tidak terlalu kelihatan kepada komunisme. Namun dalam masa yang sama mereka terus membiarkan sayap pemuda mereka mengangkat nama ‘sosialis’ sebagai ‘tanda’ bahawa mereka masih terus mempertahankan agenda komunis ‘demokrasi’ mereka.

Pada akhirnya, negara memerlukan satu undang-undang yang bersifat mencegah dari sesuatu kejadian buruk dari berlaku. Bak kata pepatah orang Melayu, ‘Mencegah dari mengubati.’ Sudahlah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan gara-gara terikut-ikut rentak pembangkang, yang mana telah memberikan ‘pisau’ kepada kelompok manusia tak sedar diri bercakap dan memaki tanpa sebarang batasan. Kini kita berikan lagi ‘pisau’ kepada puak-puak yang sememangnya tak tahu bersyukur.

Semoga Pak-Pak Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen berfikir semula secara terperinci kepentingan akta hasutan dalam menjamin keamanan dan keselamatan negara Malaysia yang tercinta ini.

This entry was posted in Komunis Alaf Baru dan Akta Hasutan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s