Agenda Sulit DAP dan PKR –Jadikan Melayu kelompok sokongan Minoriti


Oleh rmf

Satu  cabaran besar, ia perlu dipikul sekarang, dan dipikul dengan berani dan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Jika mereka yang berada didalam UMNO gagal berbuat demikian, padahnya sangat berat. Ia boleh menyebabkan tanah air kita dijajah semula dan melupuskan ketuanan Melayu sama sekali.

Kita mengharap cerdik pandai Melayu yang berada dalam dan di luar UMNO, malah semua rakyat Malaysia yang patriotik, akan mengambil berat tentang perkara ini dan bertindak segera, mengikut apa yang kita cadangkan di atas.

Kritikan kita terhadap Pas tidak bermakna kita menganggap UMNO dan Barisan Nasional sempurna dan tidak ada cacat celanya. Tetapi cara kita membaiki kelemahan-kelemahan kita harus dibezakan dengan sikap musuh terhadap kita. Tujuan masuk (kaum penjajah baru) ialah meruntuh dan memusnahkan negara dan bangsa kita.

Oleh itu mereka mencerca pemimpin kita dengan membohong dan membuat fitnah tentang negara kita. Di sesetengah negara, mereka bertindak lebih ganas, mereka mengenakan sekatan dan membom negara itu.

Kita tidak boleh melakukan terhadap bangsa kita seperti yang dilakukan oleh kaum penjajah baru! Pemimpin-pemimpin Pas yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam sepatutnya menunjuk teladan yang baik kepada rakyat bagaimana hendak membaiki pemerintahan dan negara kita, dan bukan mencaci, membuat pembohongan dan menabur fitnah.

Sekarang kita sedang melihat satu demensi baru didalam sistem PAS itu sendiri, sejak dulu  lagi kita mengharapkan satu perubahan untuk Agama Bangsa dan Negara dapat disemat didalam hati mereka agar Melayu tidak berpecah dan terus megecil. Namun  semuanya itu tidak mendatangkan hsial yang baik sejak pergabungan mereka dengan DAP dan PKR.

UMNO seakan menjadi musuh yang tidak boleh dimaafkan lagi. Ini lah cara perjuangan Islam yang menjadi amalan kepada mereka. DAP dan PKR secara terangan telah membuat agenda yang meruntuhkan Agama Bangsa dan Negara secara nyata  mendapat tempat dihati kepimpinan  PAS.

Lantaran itu apa yang sedang dihadapi oleh Melayu didalam Negara ini adalah dua bahaya besar sedang mengancam negara kita dan jika tersilap langkah boleh menyebabkan negara kita dijajah semula dan ketuanan Melayu lupus di tanah air orang Melayu sendiri.

Dua bahaya besar itu ialah, pertama, kebangkitan semula imperialisme Inggeris-Amerika Syarikat yang ingin menyusup masuk kedalam Negara ini dengan menggunakan warganegara  untuk menjalankan agenda mereka dan kedua, kebangkitan kaum ulama jumud dan oportunis dalam percaturan politik Islam di negara kita yang mana menggunakan Al Quran dan Hadis  sebagai kepentingan politik bukan kerana syiar Islam itu sendiri.

Sejak penyingkiran Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan pada September 1998, satu kekeliruan politik yang besar telah berlaku dalam masyarakat Melayu.

Sebagai pemerhati politik, termasuk pemimpin-pemimpin parti pembangkang, menghuraikan kekeliruan ini kerana pengaruh dan wibawa Anwar Ibrahim didakwa sebagai seorang ahli politik dan pemimpin. Pada fikiran saya, pandangan dan dakwaan ini tidak benar sama sekali.

Kehadiran Anwar melalui PKR dilihat mempunyai rangkaian dan persamaan agenda yang diperjuangkan oleh DAP dan sekutu mereka Singapura dan Barat. Menggunakan segala bentuk ruang didalam media untuk penyebaran maklumat yang tidak betul dan dimanipulasikan adalah strategi untuk memperlihatkan kecelaruan yang benar dan palsu dapat dilakukan.

Jesteru itu, kepimpinan  yang ada sekarang didalam Negara ini melalui sayap sayap serta NGO seharusnya berganding bahu untuk memastikan segala agenda untuk memecahbelahkan Melayu serta agenda untuk bangsa lain menjajah Alaf baru keatas Negara ini dapat dilumpuhkan dengan apa cara sekali pun.

This entry was posted in Agenda Sulit DAP dan PKR –Jadikan Melayu kelompok sokongan Minoriti and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s