Tahan saya : Tun Mahathir


Oleh rmf

653136fa13fd26adbd2b159f068a0076

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya. Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Desakan supaya tokoh BN itu disiasat turut dibuat Kit Siang hari ini yang tidak puas hati terhadap kenyataannya Mahathir ketika beliau bertanding di Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.

Kit Siang mendakwa Mahthir berkata, beliau bertanding kerusi itu keana mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor “menolak bekerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu” selain “membenci orang Melayu”.

sumber Mkini

This entry was posted in Tahan saya : Tun Mahathir and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s