Pendahuluan-Penipuan PAS atas nama Ladang Rakyat Di Kelantan (1)


Oleh rmf

Ladang Rakyat dibangunkan dibawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat pada 26 January 2006 adalah satu projek yang ditubuhkan oleh mana mana  Kerajaan Negeri dengan bertujuan uneuk membantu golongan sasar agar mendapat sumber pendapatan yang akan membantu mereka didalam penambahan hasil  pendapatan.

Ladang rakyat diwujudkan dengan mengambil tanah tanh terbiar kerajaan dan dibangunkan dengan penanaman yang bersifat komesial disamping menambah hasil pemdapatan negara.  Pembahagian  hasil diagihkan kepada rakyat yang berkelayakan.

Ladang Rakyat yang dibangunkan didalam Negeri Kelantan dan diuruskan tadbirkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan dengan tujuan asalnya adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan didalam Negeri Kelantan melalui sector Perladangan.

Di Negeri Kelantan , syarat untuk melayakkan sesaorang rakyat untuk menjadi peserta Ladang Rakyat adalah  golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah  kurang daripada RM530.00 sebulan, Mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar dan  tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Cara pemilihan peserta lading rakyat akan dilakukan oleh Penghulu lantikan  Kerajaan Negeri dan dikemukakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS)/ Penyelia Dewan Undangan Negeri (PAS) di kawasan yang di menangi BN.

Setakat Julai 2006 Jumlah Peserta Ladang Rakyat yang didaftarkan sebagai peserta ialah seramai 4,332 orang, Setiap peserta akan diberikan dividen berjumlah RM200.00 Sebulan, mereka semua ini adalah diantara yang tidak melepasi tahap miskin tegar keraja jumlah  besar terakhir masih diparas RM730.00

Dengan demikian , ini bermakna  projek Ladang Rakyat yang dilaksanakan di Kelantan  tidak dapat melonjakkan pendapatan peserta sekali gus ianya gagal mencapai matlamat penubuhannya untuk membantu rakyat  dari golongan miskin.

Peserta Ladang Rakyat hanya menerima dividen yang dihasilkan dari penjualan hasil lading dan mereka ini tidak terlibat secara langsung dalam mengusahakan tanah perladangan. Tanah tanah kerajaan yang diambil untuk tujuan Ladang Rakyat adalah diusahakan oleh syarikat syarikat persendirian, ianya amat berlainan sekali dengan  apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat melalui FELDA yang mana  peserta sendiri akan menguruskan tanah mereka dengan bantuan kerajaan.

Apa yang telah berlaku di Kelantan ialah,  Melalui  laporan Audit Negara pada tahun 2008 mendapati  Kerajaan Kelantan hanya mendapat balik pulangan  dari aspek premium tanah  dan royalty sahaja sedangkan syarikat yang membuka Ladang Rakyat menagut keuntungan yang berlipat ganda sekali gus  melakukan penganiayaan terhadap tanah tanah persendirian yang diserah kan kepada pemaju untuk dimajukan untuk mendapatkan hasil.

Ini secara jelas telah menunjukkan  bahawa program Ladang Rakyat yang dilaksanakan di Kelantan tidak dapat memenuhi matlamat asal iaitu untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah atau  rakyat yang berada digaris kemiskinan  tidak tercapai.

Ladang Rakyat yang dilaksanakan  di Kelantan hanya untuk memberikan kepentingan kepada syarikat syarikat yang memajukan tanah tanah kerajaan tan hasilnya dapat dikongsikan bersama rakyat. Ini merupakan satu penipuan yang amat ketara dan jelas dilakukan dari sebuah Kerajaan  Negeri terhadap Rakyatnya .

Natijahnya sekarang apa yang dapat kita lihat  di Kelantan  berlakunya  kemusnahan hutan hutan . bukit bukit  yang di ratakan untuk mendapatkan hasil balak dan banyak diantaranya tidak ditanam  dengan tanaman perladangan yang boleh mendatangkan hasil untuk di majukan sebagai Ladang Rakyat.

Setelah hasil bumi  pembalakan habis ditarah , bukit gondol dan hutan  ditebang dan tidak di sulami semula dengan tanaman baru, maka berlaku pula krisis alam sekitar yang melibatkan pencemaran sungai sungai serta bekalan air bersih.

Ini lah yang berlaku di Negeri Kelantan sekarang. Ladang Rakyat hanya  sebagai landasan untuk menghalalkan satu penarahan hutan untuk pembalakan bukan untuk kepentingan rakyat jelata di Kelantan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s