LEE KUAN YEW Dedah PM Malaysia Mendengar Cakapnya


Oleh rmf

“He was open and direct when he dealt with me,coming straight to the point,unlike Razak, I liked him” LKY

Tidak semua bekas tahahan ISA mahukan  akta ini  dihapuskan. Sekurang kurangnya bagi bekas  pemimpin Parti Rakyat  Kassim Ahmad ia telah  menukarkannya dari seorang Marxist kepada Islamist sekalipun beliau masih mentafsirkan  Al Quran dan Islam  mengikut pandangan Marxism.Baginya ISA adalah University Kedua yang mendekatkannya kepada Islam.

Pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali sendiri yang pernah di tahan di bawah ISA tetap memperjuangkan supaya ISA di kekalkan dan bekas Timbalan Menteri  Tan Sri  Abdullah Ahmad( Dolah  Kok Lanas-DKL) tidak permah menuntut penghapusannya sekalipun terus berdendam diatas  penyalahgunaan akta itu keatasnya.

Dalam Sinar  Harian Ahad  lalu (14 September) DKL  mendedahkan  bagaimana Sultan Kelantan Almarhom Sultan Yahya Petra cuba di  diseret oleh pihak bekuasa supaya menarik balik anugerah Datuk kepadanya  untuk menambah jastifikasi tahanannya.

Perdana Menteri  Pertama Tunku Abul Rahaman juga tidak percaya DKL sebagai komunis.Beliau memberitahu wartawan Utusan Rosnah Majid  selepas DKL menemuinya sebaik dibebaskan oleh PM Mahathir pada tahun 1981″ Aku tahu hang bukan komunis tetapi hang………….”  (tanya Rosnah kerana terlalu lucu untuk saya sebutkan) .

Dr.Mahathir Mohamad yang  juga tidak percaya DKL sebagai komunis telah membebaskannya bersama  20 orang tahahan politk lain sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri.Mahathir sendiri bimbang ditahan kerana membuat kenyataan membela DKL( Lihat buku saya Mahathir di Sebalik Tabir)

Penahanan Tiga Abdul yang terdiri dari Abdullah Ahmad,Abdul Samad Ismail dan Abdullah Majid di bawah ISA dibuat dengan arahan  Perdana Menteri Hussein Onn setelah  dipengaruhi oleh Lee Kuan Yew(LKY) Perdana Menteri Singapura  yang dikunjunginya  setelah kematian  Tun Abdul Razak. Tujuannya  untuk memulakan suatu perhubungan baru setelah hubungan LKY  dengan Tun Abdul Razak penuh dengan prasangka.

LKY tidak selesa  dengan Tun Razak yang disifatkannnya sebagai tidak boleh dipercayai dibandingkan dengan  Hussein On yang katanya” He was open and direct  when he dealt with me,coming straight to the point,unlike Razak, I liked him“(muka 271 buku Memoirs Of Lee Kuan Yew From Third World To First)

Dalam buku ini di muka yang sama Lee Kuan mendedahkan  dalam pertemuan empat mata dengan Hussein , beliau telah mempengaruhi Hussein On supaya   menangkap anasir  anasir komunis yang berada disekeliling Tun Razak.

Kata Lee Kuan Yew “ I told him my fears of Malay communists and theirs symphatisers penetrating Malaysia’s  mass media and their radical Malay student and trade union leadership.We talked freely  and frankly about the Malay communist infiltration of his media,including the activities of Samad Ismail,an MCP member from his time in Singapore in the 1950s,and his group.

“When Razak was Prime Mninister,he worked his way into UMNO and become a powerful figure in the New Straits Times, building up a coterie of supporters. Hussein agreed this was a danger but said that the communist  and student radicals could no be arrested without upseting the Malay  ground”.

Kemudiannya  dalam bulan June 1976 “The Malaysian  Special Branch arrested  Samad  and his Kuala Lumpur group( halaman 271 dan 272)” setelah namanya dilibatkan oleh seorang wartawan Berita Harian yang di tahan di Singapura.Cerita wartawan ini adalah cerita lama tentang Pak Samad.

LKY memuji Hussein Onn  kerana “had the courage to act  against  a pro -communist Malay intelligentsia although this was likely to cost him some support”

Sebenarnhya masa itu Samad Ismail bukanlah lagi seorang  komunis yang merbahaya tetapi ditakuti  oleh LKY kerana beliau membawa  bekas bekas tahanan politik pro communist  dari Singapura termasuk Sandra Woodhull and James Putucheary   mendekati  kerajaan Malaysia khususnya Tun Razak yang dengan bantuan mereka  dapat membaca pemikiran  LKY  dan dasar Singapura yang tersembunyi terhadap Malaysia.

Malah James Putucheary adalah orang yang membantu merangka  Dasar Ekonomi Baru( Lihat buku Tun Dr Ismail Reluctanf Politician muka  216).

Samad Ismail, DKL dan Dolah Majid  telah menjadi mangsa seorang lagi manusia yang juga bercita- cita besar untuk menjadi PM dan Hussein Onn juga banyak terpengaruh  dengannya.

Dalam  menghapuskan ISA, Najib bimbang penerusannya  akan menyebabkan berlakunya lagi penyalahgunaan kuasa atau ketidakadilan . Beliau tidak mahu menanggung dosa. Apakah  kesilapan Hussein Onn menjadi dorongan besar kepada tindakan popularnya  menghapuskan ISA?  Polis  yang senantiasa mengikuti perentah tidak boleh disalahkan dalam penyalahgunaan ISA kerana pucannya adalah  kepimpinan politik yang tidak bijak dan tidak berwibawa.

Barangkali Najib hendak membasuh kesilapan besar bapa saudaranya tetapi  menghapuskan ISA berasaskan kepada tekanan politik dan cita- cita politik untuk kelihatan demokratik dan liberal mengikut citarasa  kuasa besar Barat dan juga untuk mencari populariti dalam negeri adalah juga suatu perbuatan yang tidak ikhlas yang mementingkan kepentingan diri.

Lebih buruk lagi hal ini dilakukan ketika negara berada dalam keadaan tidak stabil dari segi perpaduan dan keselamatan dan bangsanya sendiri sedang  dalam kelemasan.ISA lebih banyak jasanya dari aspek negatifnya.

Najib memikirkan bahawa Malaysia akan lebih diyakini dunia  dengan transformasi politiknya sedangkan kekukuhan keselamatan   dan kestabilan  Singapore di bawah  ISA dan Akta Hasutan lebih menjamin masa depannya. China yang melakukan reformasi ekonomi tanpa reformasi politik,mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam masa yang singkat di bawah displin komunisme berbanding dengan Soviet Union yang perpecahannya  mengakibatkan kekacauan yang terus menerus hingga sekarang.

Dan inilah yang sedang berlaku di Malaysia sekarang .Setelah lebih 50 tahun merdeka,perpaduan negara dan rakyat tergugat ,pihak keselamatan tidak dapat bertindak untuk “ prevention better than cure”  terhadap anasir anasir deviant dan  pemisah  Sabah dan Sarawak   tanpa  ISA sekalipun pendedahan telah dibuat. . Sebelumnya Sabah  telah dicemarkan oleh peristiwa  berdarah Lahad Datu.

QUOTE DARI MEMOIR OF LEE KUAN YEW (PG 270): “THE DIFFICULTY WITH RAZAK,HOWEVER, WAS THAT EVERY NOW AND THEN HE WOULD CHANGE HIS MIND AND REOPEN AN ITEM ALREADY AGREED UPON”

http://zamkata.blogspot.com/2014/09/kesilapan-husein-onn-dorong-najib.html
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s