Kerajaan Pusat Prihatin Dalam Isu Air Di Kelantan


Oleh rmf

Air merupakan keperluan asas kepada semua kehidupan. Setiap hari manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan menggunakan air sebagai punca minuman. Air diminum secara langsung oleh manusia dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan pula menyerap air untuk membuat makanan..

Sungai merupakan aliran air yang mengalir dari kawasan pergunungan ke kawasan yang lebih rendah. Air sungai berpunca dari hujan yang turun di kaki gunung atau bukit dan kemudian mengalir ke laut. Amat sukar untuk mendapatkan sungai yang bersih dan membekalkan sumber air kepada manusia. Oleh itu seharusnya sungai perlu dijaga untuk memastikan bekalan air bersih berpanjangan.

Di Kelantan perkara ini tidak berlaku, rakyatnya rata rata mengimpikan air bersih dan sihat untuk menampung keperluan  kehidupan mereka. Didalam zama globalisasi mereka  masih lagi bergelumang menggunakan  keperluan air yang tidak bersih dan tidak ditapis,

Bekalan air Kelantan diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Syarikat ini bertanggungjawab didalam urusan  pengurusan air bersih di Kelantan. Namun  syarikat ini tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Hanya 55.7%  daripada 4.54 juta penduduk di Kelantan yang  dapat menggunkan  air terawatt sepanjang pemerintahn PAS di Kelantan. 45% daripada keseluruhan rakyat Kelantan masih lagi bergantung harap kepada bekalan air perigi, telaga tiub dan sungai.

Jika kita lihat perkara ini Kelantran dilihat sebagai sebuah negeri yang jauh ketinggalan didalam sistem pengurusan air untuk rakyatnya. Mana tidaknya dizaman globalisasi yang mementingkan kesihatan melalui air, Kelantan ketinggalan dan membiarkan rakyatnya  berada dizaman  lampau tanpa air bersih.

Pencemaran Sungai Kelantan dilihat sebagai punca pencemaran yang kritikal,  Pencerobohan terhadap alam sekitar, Pelupusan sampah yang tidak teratur serta pembuangan sisa pepejal kedalam sungai telah meyebabkan berlakunya penyusutan kualiti air.

Isu air ini telah dimanipulasikan oleh Kerajaan Kelantan kepada rakyatnya dengan mengatakan bahawa kerajaan pusat telah menzalimi dengan membiarkan Kelantan tanpa sokongan pusat.

Semua ini adalah bertujuan untuk menutuk kelemahan kerajaan Kelantan yang gagal menjaga kebajikan rakyatnya. Melalui kerajaan pusat, Kerajaan Kelantan menerima peruntukan bekalan air luar Bandar dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta berbandingkan negeri negeri lain.

Pada tahun 2013, Kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM213 juta untuk membangunkan logi dan menguruskan bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan. Setelah siapnya logi  air bersih ini, kerajaan pusat telah memberikan secara percuma kepada Kerajaan Kelantan untuk diuruskan.

Tetapi amat meyedihkan , pemberian secara percuma oleh kerajaan pusat kepada Kerajaan Kelantan ini tidak dimanfaatkan secara total oleh  pemerintah Kelantan.

Siasatan Audit melaporkan bahawa peruntukan yang besar untuk Kelantan didalam pengurusan air bersih  gagal  dikendalikan oleh syarikat pengurusan air Kelantan dan menyebabkan rakyat  tidak dapat menikmati pembekalan air bersih dan terawat.

Akibatnya selama dua dekad , rakyat Kelantan terpaksa  mengharungi kehidupan jauh ketinggalan didalam  menikmati air bersih dan terawat hasil daripada ketidak cekapan pemerintah menguruskan  pemberian dari kerajaan pusat.

http://www.pru14.tv/2014/09/24/kerajaan-pusat-prihatin-dalam-isu-air-di-kelantan/

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s