Siri 4- Fakta Royalti Yang Tidak Didedahkan –“Wang Ikhsan atau Royalti”


Oleh rmf

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah “bayaran tunai” dan tiada di mana  bahagian sama ada akta 144 atau perjanjian  1975 mendefinasikan atau merujuk perkataan  “Wang Ikhsan’ sebagai “royalti”

Mengubah istilah ini  adalah satu pembhongan yang nyata digunakan oleh PAS dan pemerintah Kelantan bagi menghalalkan pembohongan yang mereka lakukan  terhadap rakyat marhaen.

Didalam hal ini, isu kedudukan Sabah dan Sarawak amat berbeza dengan apa yang  berlaku di Kelantan. Di dalam hal ini kerajaan Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalty melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan perundangan yang memberi hak  Sabah dan Sarawak keatas pelantar benua.

Hak kedua dua negeriu keatas kawasan pelantar benua telah termaktub didalam “North Borneo ( Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan Sarawak pula  termaktub didalam “Sarawak ( Alterration of Boundaries) Order in Council 1954.

Semua ini adalah dan merupakan sejarah dan hak keistimewaan yang diiktiraf semasa  menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira  duti import, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semula jadi.

 Perkara diatas merupakan  jaminan kelayakan yang di terima oleh negeri Sabah dan Sarawak yang tidak ada di negeri negeri semenanjung.

Melalui perjanjian dan psersetujuan yang dibuat pada tahun 1975, kerajaan persekutuan telah menawarkan jumlah tersebut sebanyak 5% adalah atas dasar ikhsan dan budi bicara bagi tujuan untuk membantu rakyat Kelantan walaupun hasil petroleuym yang dihasilkan dari telaha pm 301 berada diluar perairan wilayah Negeri Kelantan.

Wang ikhsan tersebut disalurkan kepada kerajaan Kelantan melalui  Jabatan Pembangunan  persekutuan Negeri Kelantan (JPP) dalam bentuk projek pembangunan dan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan persekutuan.

Perkara yang menjadi duri dalam daging Kerajaan Kelantan ialah apabila wang ikhsan tersebut tidak diberikan dalam bentuk tunai. Ini adalah salah satu kerbijaksanaan  kerajaan pusat dimana   kerajaan melihat  banyak sumbangan dan perlaburan yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan banyak yang menemui kegagalan dan tidak mencapai matlamat sebenarnya.

Kenyataan bekas pengerusi Petronas YB Tengku Rezaligh Hamzah mengenai isu ini telah menjurus kepada beberapa spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang .

Kenyataan yang telah dikeluarkan adalah tidak benar sama sekali dan meyimpang  dari lunas fakta dan undang undang serta mengelirukan banyak pihak.

 Sepatutnya beliau menerangkan fakta yang sebenarnya bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai hak hak mutlak keastas  hasil petroleum yang dihasilkan di luar perairan wilayah Negeri Kelantan dan dengan budi bicara  Kerajaan Persekutuan sebahagian dari hasil tersebut turut dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan walaupun dari sudut perundangan dan kontrak negeri Kelantan tidak layak dan / tidak berhak mendapat nya.

Isu kemelut wang ikhsan ini telah memberikan tidak balas dari Anwar Ibrahim yang mana mengusulkan pindaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (akta 144)  dan telah diusulkan pada  30 November 2009 dengan mengemukakan cadangan agar peruntukan seksyen 10 Akta Kemajuan Petroleum 1974  dipinda dengtan memotong tanda noktah pada penghujung seksyen tersebut dan memasukkan perkataan perkataan yang berikut.

“…dan kawasan”diluar pantai” bermaksud sebahagian kawasan ditengah laut terbuka di luar pesisir pantai adalah berada  di dalam had zon ekonomi ekslusif bagi persekutuan dan di ukur menurut undang undang yang diterima pakai oleh persekutuan pada masa berkaitan

Berdasarkan cadangan pindaan tersebut, nyatalah bahawa Anwar Ibrahimamat meyedari bvahawa kerajaan Kelantan dan negeri negeri lain tidak mempunyai hak keatas hasil petroleum yang dijumpai atau diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri negeri.

Justeru itu,  jalan penyelesaian yang terbaik bagi kerajaan Kelantan ialah  boleh merujuk perkara tuntutan ini ke mahkamah sebagaimana yang telah dibuat menerusi tuntutan kerajaan Terengganu pada tahun 2001.

Oleh yang demikian, fakta fakta yang dibentangkan ini diharapkan akan meyedarkan banyak pihak agar jangan terus mempercayai pembohongan yang dilakukan oleh PAS demi  merosakkan pemikiran rakyat Kelantan didalam usaha mereka untuk menimbulkan perasaan benci  rakyat Kelantan kepada kerajaan Persekutuan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s