Siri 3- Fakta Royalti Yang Tidak Didedahkan Oleh PAS Kepada Rakyat (UNCLOS)


Oleh rmf

Sehubungan sambungan siri 2- pendedahan fakta  tuntutan royalti Kerajaan Kelantan Kepada Kerajaan Persekutuan, Didalam artikel ke tiga kali ini saya  dedahkan  apa yang termaktub didalam UNCLOS yang mana  berkaitan dengan persetujuaan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Sebagai tindak balas terhadap pembohongan PAS kepada pengundi Pengkalan Kubur mengenai isu royalty, disini saya kembali menulis fakta fakta yang se4patutnya diketahui pengundi didalam isu Royalti yang menjadi mainan politik  pemimpin dan penceramah PAS

Didalam siri kedua , fakta fakta dibentangkan berdasarkan apa yang telah termaktub didalam perundangan cari gali, akta kanun tanah dan sebagainya.

UNCLOS  Article 3

Breadth of the territorial sea.

Every state has  the right to establish the breath of his territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determind in accordance with this Convention

Sebagaimana yang termaktub didalam  Perlembagaan Persekutuan UNCLOS 1982 dan Akta  Pelantar Benua 1966 (Akta 83) semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) adalah terletak hak  kepada kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri.

Tiada  apa apa keterangan  yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada meyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumbver asli di pelantar benua kepada mana mana  kerajaan negeri sama ada menerusi mana mana undang undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada ditangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sehingga sekarang.

Kerajaan persekutuan hanya menyerahkan  hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada  Petronas melalui akta kemajuan petroleum 1974 dibawah akta 144 yang mana petronas telah diberikan hak dan kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja kerja  berkaitan eksplorasi dan e3ksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di vdalam kedeaulatan  Wilayah Malaysia.

Hal ini berlaku bila Kerajaan Negeri Kelantan  telah menyerahkan sepenuhnya  haknya (tanpa boleh dibatalkan kepada petronas untuk menjalankan kerja kerja  berkaitan eksplorasi dan eksploitasi pertroleum sama ada  didaratan atau wilayahnya menerusi suratcara peletakhakkan yang dibuat menurut  peruntukan subseksyen 2(2) akta kemajuan petroleum 1974 akta 144 yang dimentrai pada  9 mei 1975.

Didalam isu tuntutan kerajaan Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan / telaga minyak yang terlibat iaitu pm 301 dan pm 301 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut di negeri Kelantan.

Oleh itu  adalah jelas negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah perjanjian yang dibuat pada tahun 1975 bagi mana mana medan / telaga minyak yang dijumpai oleh petronas yang tidak berada didalam sempadan tanah negeri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas air surut.

Apa yang berlaku kini ialah dimana  penipuan fakta berlaku sewenangnya tanpa disanggah oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab  didalam memberikan penerangan secara terperinci.

Ini dengan tidak secara langsung isu ini dimainkan  secara berterusan sehingga menjadikan isu pembohongan  sebagai satu fakta yang diguna pakai dan menegelamkan fakta yang sebenarnya.

Jesterus itu  para pengundi di Pengkalan Kubur seharusnya mendengar butiran fakta, bukan kerana  sesuatu yang ganjil  akan tetapi menjadikan fakta tersebut sebagai  satu kebenaran  untuk menilai  kebenaran yang Haq.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s