Siri 2- Fakta Royalti Yang Tidak Didedahkan Oleh PAS Kepada Rakyat


Oleh rmf

Sebagai tindak balas terhadap pembohongan PAS kepada pengundi Pengkalan Kubur mengenai isu royalty, disini saya kembali menulis fakta fakta yang se4patutnya diketahui pengundi didalam isu Royalti yang menjadi mainan politik  pemimpin dan penceramah PAS

Didalam siri kedua , fakta fakta dibentangkan berdasarkan apa yang telah termaktub didalam perundangan cari gali, akta kanun tanah dan sebagainya.

Kuasa Kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan berhubung dengan masalah royalty ini adalah tertakluk kepada beberapa pecahan  yang perlu dilihat secara  terperinci  untuk kerajaan Negeri Kelantan memahaminya walaupun mereka buat tak faham mengenainya.

Undang undang tempatan dan antarabangsa yang terlibat didalam hal ini adalah:-

  1. Kanun Tanah Negara 1965
  2. Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu No.7/1967)
  3. Akta Pelantar Benua 1966
  4. Akta Perlombongan Petroleum 1966 (Akta 95)
  5. Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144)
  6. Akta Zon Ekslusif Ekonomi 1984 (Akta 311)
  7. Perlembagaan Persekutuan
  8. United Nations Convention On the Law of the sea (UNCLOS) 1982
  9. Convention on the yerritorial Sea and Contigous Zone 1958
  10. Convention on the Continental Shelf 1958

Sesungguhnya didalam Kanuan Tanah Negara 1965 me3ndifinasikan  “tanah negeri” sebagai semua tanah didalam negeri sama ada didaratan dan dasar laut berada dibawah kuasa  negeri btersebut tetapi ianya terbatas  setakat sempadan daratan dan wilayahnya sendiri sahaja.

Kanun Tanah Negara  mengguna pakai definisi “perairan Wilayah” (Territorial water” yang sama  sebagaimana didifinisikan oleh Ordinan Darurat ( Kuasa Kuasa Perlu No 7/1967)

Didalam hal ini pihak pembangkang tidak menyebut sama sekali fakta fakta yang terlibat didalam persetujuan yang telah dibuat pada tahun 1975  kepada rakyat.

Agak malang bagi kita yang hanya mampu memberikan respon  kepada maklumat melalui ceramah dan  tidak langsung mahu membuat anlisis berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan.

Apa yang berlaku kini ialah dimana  penipuan fakta berlaku sewenangnya tanpa disanggah oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab  didalam memberikan penerangan secara terperinci.

Ini dengan tidak secara langsung isu ini dimainkan  secara berterusan sehingga menjadikan isu pembohongan  sebagai satu fakta yang diguna pakai dan menegelamkan fakta yang sebenarnya.

Jesterus itu  para pengundi di Pengkalan Kubur seharusnya mendengar butiran fakta, bukan kerana  sesuatu yang ganjil  akan tetapi menjadikan fakta tersebut sebagai  satu kebenaran  untuk menilai  kebenaran yang Haq.

Didalam bahagian 3 nanti saya akan memaparkan apa yang termaktub didalam  apa yang dimaksudkan UNCLOS yang mana perkara ini diguna pakai didalam proses  perjanjian 1975 yang mana Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju  menerima  perjanjian 5% sebagai bayaran tunai melalui hasil petroleum dan juga  melalui Akta 144  dibawah Akta Petroleum 1974

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s