Fakta Royalti Yang Tidak Didedahkan Oleh PAS Kepada Rakyat


Oleh rmf

Isu royalti petroleum di Kelantan telah menjadi isu paling hangat  didalam kempem PAS di N01 Pengkalan Kubur yang mana banyak fitnah terhadap kerajaan pusdat dilembparkan secara  terang terangan.

Isu ini dimainkan secara agreasif oleh pihak pembangkang  tanpa mengira fakta yang sebenarnya sebagaimana sepatutnya di khabarkan kepada rakyat. Ini lah yang dilakukan sejak dahulu lagi oleh pembangkang iaitu memanipulasikan isu.

Bagi rakyat marhaen yang hanya bermaklumatkan ceramah , pada mereka apa yanbg dikatakan adalah kebenaran  semuanya tanpa ada  niat untuk menyelidik secara  terperinci.

Pada 9 Mei 1975. Menteri besar Kelantan ketika itu ialah Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaligh Hamzah telah menandatangani satu perjanjian atau  Surat cara Peletakhakkan atau dikenali sebagai “Vestting Deed/ Instrument” yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta  Kemajuan Petrolium 1974 (Akta 144)

Menerusi surat ini kerajaan negeri telah meletakhakkan. Kuasa , kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh dibatalkan (Irrevocable) kepada Petronas berhubung dengan kegiatan explorasi atau pencarian, Exploitasi, mendapatkan dan memperolehi  sama ada dipantai  (onshore) atau di luar pantai (Offshore) Malaysia.

Sebagai balasan kepada persetujuan menandatangani peletakhakkan , Kuasa , kebebasan dan keistimewaan yang tidak boleh dibatalkan (Irrevocable) kepada Petronas itu, pada tarikh yang sama kedua belah pihak telah menandatangani satu perjanjian (Perjanjian 1975) mengenai pembayaran sebagaimana yang telah  disyaratkan di bawah seksyen  4 Akta 144.

Seksyen 4 Akta 144 telah meyebut bahawa Petronas  henbdaklah membayar secara tahunan kepada kerajaan Kelantan  dalam bentuk tunai yang setara dengan 5% nilai Petroleum yang di perolehi dan didapati di Negeri Kelantan.

Pembangkang seharusnya tidak menimbulkan isu ini semula , ini adalah kerana  melalui perjanjian dan Akta 144 telah dipersetujui  bersama.

Walaupun hasil petroleum didapati di luar pantai Kelantan, Kerajaan Kelantan berpendapat ( bukan didalam perjanjian 1975) bahawa  kerajaan negeri layak untuk menerima pembayaran 5%  sebagaimana yang diperuntukkan didalam perjanjian  yang dimeterai.

Tuntutan ini telah dikelirukan dan membelakangkan perjanjian yang telah dibuat pada tahun 1975. Seharusnya  Kerajaan Kelantan  terlebih dahulu memahami Kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat atau Persekutuan berhubung sempadan Negeri dan negara dalam kontek negara persekutuan seperti Malaysia dan hak hak mencari gali petroleum menerusi undang undang tempatan dan antarabangsa.

Adalah amat menyedihkan sekali bila mana isu ini dimanipulasikan oleh pemimpin PAS yang hanya tahu melakarkan isu sahaja tanpa mahu  menerima apa yang telah termeterai diatas kertas perjanjian.

Seharusnnya pengundi Pengkalan Kubur peka dengan apa yang berlaku dan tidak menerima bulat bulat apa yang dicanangkan oleh pemfitnah yang lahirnya dari sebuah parti yang bernama PAS.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Fakta Royalti Yang Tidak Didedahkan Oleh PAS Kepada Rakyat

  1. baru tau kerajaan dah lama bayar royalti kat kerajaan kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s