Berpijak Di Bumi “DIKTATOR”-Dimanakah Nasib Melayu Pulau Pinang Sekarang


Oleh rmf

Terserahlah kepada rakan kongsi DAP iaitu PKR dan juga Pas. Jika PKR dan Pas mahu melihat semua kaum diberi layanan sama rata, makaMelayu Pulau Pinang tidakakan ke mana. Mereka akan terus ketinggalan dalam segala segi.Melayu umpama melukut di tepi gantang.

Justeru Melayu Pulau Pinang perlu insaf dan sedarbahawa tidak ada sesiapa yang dapat membela nasibmereka kecuali diri mereka sendiri.Melayu perlu menghentikan sandiwara politik. Jika ada di antara Melayu yang ada kuasa lupa akan bangsanya, maka lambat laun, mereka juga akan terus hanyut.

Janganlah kerana ketamakan kuasa, mereka akhirnya akan ‘dijual’ kemudian dilelong seperti yangberlaku ke atas Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam filemTiga Abdul.

Selain masalah geraiMelayu ini,menarik juga untuk disentuh ialah isu melibatkan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrain Mohd Hashim ( kini sebagai saorang Duta). Apakah isu Zahrain ‘menyerang’ Guan Eng dengan kata-kata diktator, cauvinis dan berfikiran komunis’ sebagai satu lagi sandiwara sekadar ribut dalam cawan menjelang haribicara penasihat PKR?

Sama ada sandiwara atau disebabkan masalah peribadi, sekurang- kurangnya rakan pembangkang DAP sendiri tidak puas hati dengan Guan Eng. Biar apa pun alasannya, Zahrain sudah berani mendedahkan sikap Guan Eng. Danseperti yang dijangka, kepimpinan PKR akan menolak segaladakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru itu.

Atas semangat kerjasama politik, yang hitam tidak boleh dihitamkan lagi tetapi perlu diputihkan. Dalam politik, biarlah kritik orang di luar parti bukannya mengkritik parti sendiri. Jika tidak buruk padahnya seperti dialami Khalid Samad, Hasan Ali dan begitu jugaZulkifli Noordin, Zaid Ibrahim dan Zahrain. Semuanya ini menarik untuk dinantikan kesudahannya. Adakah ia sekadar sandiwara politik atau masalah dalaman yang sukar dibendung.

Kertas manifesto berwarna-warni jikadisertai dengan janji-janji manis pasti akan membuatkan rakyat terangsang untukmemilih yang terbaik sahaja. Janji untuk memelihara kebajikan dan kepentinganrakyat boleh dibuat oleh sesiapa sahaja waima calon Bebas sekalipun

Namun logiknya calon Bebas hanya akan menjadi calon penyendal sahaja kerana walaupun menang untuk memenuhi tuntutan setiap pengundi dan penyokong bukan perkara mudah melainkan mereka mempunyai wang yang banyak. Mengharapkan gaji sebagaiADUN atau Ahli Parlimen hendak menanggung keluarga sendiri tidak cukup, tambahyang berpoligami.

Janji-janji pilihan raya melalui kempendan manifesto umpama modal kertas dan air liur namun apabila memerintah pemimpin tetapi perlu juga melaksanakan sesuatu pelan pembangunan.Masakan hendak menjadi kerajaan yang statik?

Menjadi pemerintah bukan semudah menjadi pembangkang. Jika menjadi pembangkang setiap kesalahan kerajaan boleh sahaja dikritik dan kalau cukup maklumat risalah-risalah mengecam diedarkan.

Begitu juga kerajaan yang memerintah sebelum ini di Pulau Pinang, dianggap tidak menjaga kepentingan orangMelayu namun hari ini siapa yang merobohkan gerai orang Melayu yang selama mencari rezeki dengan aman dan sentosa sejak berpuluh tahun

Rakyat perlu sedar kemiskinan bukan hanya kerana kita tidak dibantu oleh kerajaan tetapi diri kita sendiri yang tidak mahu berubah dan sedar dengan siapa yang mampu menjaga kepentingan bangsa walaupun sedikit kesusahan melanda.

Hari ini pemimpin yang dipilih telah sedikit demi sedikit menunjukkan ‘kebajikan’ mereka. Namun ketahuilah bahawa kebajikan bukan untuk rakyat yang mengundi mereka tetapi pelabur yang telah juga dijanjikan dengan prasarana lokasi yang strategik.

Akhirnya , bila kita melihat scenario politik di Pulau Pinang, jelaslah bahawa bangsa Melayu di sana kini sedang “Dibela’ dengan janji janji manis yang dilontarkan satu ketika dahulu sebelum pilihanraya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s