Puteri Media Sosial dan Digital UMNO Semakin Berani


Oleh rmf

Merujuk kepada ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi  pelapis melalui program pengkaderan parti.

“Tangan yang menghayun buaian itu boleh mengegarkan dunia” ini lah ungkapan yang boleh saya katakan  dengan perkembangan Puteri Media UMNO dewasa ini,  saban hari saya melihat banyak  gerakan gerakan media telah dipaparkan dalam kepelbagaian isu yang di olah oleh Puteri Media UMNO.

Ini adalah satu perkembangan yang positif  dan kesungguhan Puteri Media untuk bersaing didalam  pelbagai isu di media social untuk menandingi isu yang di mainkan oleh pembangkang.

Tidak dapat dinafikan didalam usia muda media puteri yang dipimpin oleh  Mimie Haryanie Alias sebagai  pencetus semangat kepada barisan unit media social dan digital puteri UMNO kini telah menunjukkan kemajuannya dan Unit Media ini perlu di perkukuhkan dengan ilmu peperangan maya serta taktikal yang menjadikan unit media ini lengkap bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Strategis politik bagi media social dan digital  puteri amat mengerti elemen paling penting bagi menyampaikan mesej ialah menerusi media sosial yang begitu popular dalam kalangan orang muda. Twitter dan Facebook adalah antara media sosial wajib ditatap untuk mendapatkan maklumat semasa berkaitan politik tanahair

Bagi Puteri media Sosial dan digital UMNO mempunyai cara untuk mereka menguasai dan meyebaran maklumat  ialah dengan membuka dan memaparkan apa juga isu  Facebook dan Twitter. Di situlah generasi muda, atas pagar  mendapat limpahan kempen daripada kedua-dua pihak. Sama ada pautan propaganda berbentuk teks, gambar, video atau ilustrasi yang dikongsi bersama teman-teman

Dengan selangkah keberanian oleh Puteri Media Sosial dan digital UMNO penggunaan media sosial telah memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi muda untuk turut serta mengundi. Dengan perutusan secara kerap tentang hal-ehwal politik, gambar-gambar dan komentar, petugas kempen di kedua-dua pihak sentiasa mencari kaedah bagi menarik perhatian pengundi muda.

Unit media puteri ini rata rata dianggotai oleh sebahgian besar dari  anak anak muda yang berumur diantara 22 hingga 35 tahun yang mempunyai semangat yang cukup kuat didalam  era perjuangan masa kini.

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh puteri media social danb digital UMNO  sebanyak 92 peratus individu berusia antara 18 dan 29 tahun aktif dalam media sosial. Dalam kaji selidik yang sama, sebanyak 30 peratus adalah pengundi berdaftar menerima galakan mengundi oleh sahabat handai dan keluarga menerusi perutusan dalam Facebook atau Twitter.

Dengan kesedaran ini puteri media sosial dan digital telah mengenal pasti sasaran  yang diperlukan didalam menjalankan misi agenda parti didalam media social. Disampaing menimba ilmu melalui oarang orang lama didalam media untuk melengkapkan diri sebagai cybertrooper sebelum pengkaderan kearah itu dilakukan. Semangat begini yang amat diperlukan oleh UMNO untuk melahirkan barisan kepimpinana yang berilmu didalam semua bidang yang berkaitan dengan politik tanah air.

Didalam likaran umur sedemikian , unit media  social dan digital puteri telah berani memaparkan isu isu yang cukup sensitive dan bernai menyuarakan jawapan untuk menandingi hujah hujah pembangkang. Walaupun tidak  seratus peratus penglibatan mereka ini, namun sikap dan daya juang yang mereka tunjukkan itu  sedikit sebanyak telah menunjukkan satu kerangka pejuangan melalui unit media puteri yang sedia ada sekarang.

Kita  mempunyai barisan yang muda yang perlukan sokongan dan dorongan yang kuat dari semua pihak untuk membentuk mereka agar menjadi satu barisan puteri yang berani dan lantang bersuara didalam politik tanah air. Mereka  ini adalah benteng kepada UMNO di dalam media sosial.

Semangat begini tidak perlu diabaikan dengan masalah  birokrasi yang akan meranapkan semangat  anak nak muda yang berjiwa kental ini. Mereka ini perlukan asuhan perjuangan yang betul untuk menjadikan mereka satu barisan kepimpinan masa akan datang.

Pada pandangan saya, Puteri Media perlukan satu cetusan baru  didalam memantapkan lagi  tugasan mereka, Media bukan setakat “copy n paste” tetapi mereka ini perlukan satu bentuk semangat yang kita suntik aspirasi, kita asah kreativiti, , kita pelihara jatidiri, barulah pelapis yang lahir mempunyai ilmu didalam peperangan maya dan agreasif didalam menjawab segala isu yang berkaitan dengan politik dan juga UMNO.

Semua itu adalah pelengkap sahsiah perjuangan  mereka didalam unit Media puteri yang mana semakin  hari semakkin mencabar. Persiapan ilmu peperangan maya atau psywar  atau gelaran sebagai cybertrooper  puteri tidak harus  dibiarkan begitu sahaja, mereka ini perlu dibentuk dibekalkan ilmu peperangan maya  secukupnya.

Sesungguhnya saya amat yakin dan percaya, jika Unit Media puteri ini diperlengkapkan lagi dengan latihan dan perkaderan saya yakin semakin banyak lagi orang muda di luar sana yang mahukan satu kumpulan sayap yang agresif , berani dan berintegriti.

Sesungguhnya dengan latihan, pengkaderan dan kemahiran untuk Unit Media Puteri itu akan dapat membentuk jati diri yang unggul, menjadi ikon kebanggaan bagi anak muda didalam Media puteri yang mempunyai segalanya  di mata masyarakat, disamping mempunyai nilai moral yang tinggi dan tidak terpengaruh dengan budaya yang boleh menjatuhkan nilai-nilai kepimpinan.

Dalam konteks politik, pengkaderan secara ringkasnya bermaksud program atau agenda yang digariskan untuk mempersiapkan kelompok pemimpin muda dan golongan profesional untuk menjadi generasi pelapis yang benar-benar menghayati ideologi dan roh perjuangan parti.

Saya dengan penuh yakin berani menyatakan bahawa Puteri Media Sosial dan Digital akan menjadi satu barisan dan benteng yang cukup gagah didalam  media social jika mereka ini diberikan landasan ilmu perjuangan maya atau psywar yang bersistematik.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Puteri Media Sosial dan Digital UMNO Semakin Berani

  1. Pingback: RESPON !! – Puteri Media & Penerangan Adalah Sayap Penting- Bukan Sekadar Pelengkap |

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s