PKR Enggan Fahami Kuasa Sultan


Oleh rmf

Malaysia merupakan sebuah negara Raja Berpelembagaan. Dengan ertikata lain kita terikat dengan perlembagaan dimana Malaysia telah ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.

Namun perkara ini cuba diingkari oleh PKR atau dengan lebih tepat lagi Anwar Ibrahim bersama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Ini berlaku ekoran daripada cita-cita dan kerakusan politik yang melampau wujud dalam diri mereka.

Memandangkan mereka enggan mematuhi konsep Raja Berpelembagaan negara maka mereka dengan ini tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Dengan tangan terbuka mereka dipersilakan berpindah ke negara lain dan memilih kewarganegaraan di negara-negara yang amat mereka banggakan seperti Singapura, Taiwan, China dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan dukacita baginda terhadap tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua parti itu disifatkan telah mengingkari titah Sultan Sharafuddin supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar.

Hanya parti PAS sahaja yang akur dengan titah D.Y.M.M Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon menteri besar Selangor manakala DAP dan Keadilan masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

 Seterusnya Klik disini >>http://www.pru14.tv/2014/09/08/pkr-enggan-fahami-kuasa-sultan/

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s