Masyarakat Kampung Batu 16 Mengucapkan Sekalung Tahniah -Mohamad Fuzi Harun ambil alih tugas Timbalan KPN


Oleh rmf

Bangga tidak terhingga bila mana orang kampung sendiri telah diangkat untuk mengalas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara. Seluruh masyarakat kampung Batu 16, Kampung Tua Lambor Kanan cukup berbangga dan menyatakan syukur kehadrat Ilahi dengan perlantikan ini.

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin (kiri) menyerahkan memorandum penyerahan tugas kepada Mohamad Fuzi Harun sambil disaksikan oleh Datuk Alwi Ibrahim pada majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Mohamad Fuzi sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuala Lumpur di sini yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

 
DATUK Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Mohd Bakri Zinin. – Foto Fail NSTP/Kamarul Izzat Rahim

Mohd Bakri menjawat jawatan itu sejak 17 Mei 2013.

“Selama hampir 39 tahun berkhidmat dalam PDRM, karier tersebut telah menjadi darah daging saya dan tidak mungkin mudah untuk melupakan pengalaman yang telah dilalui selama berkhidmat dalam pasukan.

“PDRM telah membentuk saya, mengajar saya erti kehidupan… telah memberi banyak pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain,” kata Mohd Bakri yang menyertai PDRM pada 6 November 1975. – BERNAMA

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s