Agama Bukan Untuk Dijual Demi Politik  


Oleh rmf

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan menganut dengan pelbagai anutan termasuk Agama Islam yang Maha suci.

Jika dahulu, Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.

Namum, apa yang kita lihat sekarang ini adalah amat berlainan sekali dengan apa yang telah dilalui satu ketika dahulu. Kerakusan pemimpin politik memainkan isu isu yang amat sensitive  telah menyebabkan berlakunya ketidak selesaan dikalangan rakyat didalam Negara ini.

Kekerapan agama dijadikan isu dan modal politik akhir-akhir ini sungguh mendukacitakan kita. Memang politik itu serba mungkin dan segala benda berada dibawah lingkungannya. Tetapi ada kalanya benda yang dibawa masuk dalam arena  politik itu sesuatu yang tidak wajar dan perlu dihindar.

Bagi orang politik kalau sekalipun mereka terpaksa menjual agama, demi kuasa dan kemenangan mereka akan lakukan. Dalam politik semua perkara dan benda laku untuk dijual. Tetapi ianya bergantung kepada penerimaan penyokong didalam isu yang dibangkitkan. Ianya juga melibatkan betapa matangnya penyokong didalam memainkan isu yang dibangkitkan oleh pemimpin mereka.

Natijah daripada itu, Agama sudah tidak ada nilai lagi dimata orang orang poltik , Parti yang dianggap satu ketika dahulu hanya sebuah pertubuhan kini  seakan menjadi satu anutan agama yang tiada tolok bandingnya.

Sebagai satu contoh yang cukup nyata penglibatan kenyataan ahli politik dan juga  Naib Presiden PKR yang mana menggunakan Agama sebagai modal untuk meraih sokongan bukan islam  dan menggalakkan isu murtad terjadi .

Ahli parlimen dan juga Naib Presiden  PKR YB  Nurul  Izzah dengan sewenangnya mengulas isu  mengenai kebebasan beragama dan tidak ada paksaan ke atas manusia untuk menerima mana-mana agama  yang telah dimanipulasikan itu.

Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu adalah dari konteks agama secara umum dan menjadikan satu persepsi yang amat berbeza dikalangan bukan Islam. Apabila kecaman diluahkan oleh penganut Agama Islam terjadi. Seenaknya penyokong PKR dan PAS serta DAP  turut mengupas dan memberi reaksi kepada pandangan Nurul Izzah itu kononnya Nurul  Izzah bercakap demi politik. Apakah Agama itu satu isu politik?

Perkara sedemikian mungkin tidak menjadi “kudis” bagi pengamal politik walaupun dia mengaku muslim. Mereka boleh menghalalkan apa saja asalnya menjadi modal politik yang menjanjikan kuasa.  Tetapi bagaimana perasaan orang orang Islam yang lain?

Kita sekarang sedang melihat bagaimana politik sekarang dimainkan demi kuasa, Agama bukan lagi sesuatu yang mereka hormati, Meliberalkan semua perkara termasuk Agama bukanlah satu tindakan yang cukup bijak namun ianya lebih mengundang kepada perpecahan dikalangan umat Islam.

Lantaran itu, tanggungjawab ahli politik Melayu tidak kiralah dalam Pas atau Umno hendak lebih berhati-hati dan masing-masing bertanggungjaab kepada agama. Cubalah letakkan agama itu diatas dan bendunglah ia dari mudah dipersenda-sendakan oleh sesiapa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Agama Bukan Untuk Dijual Demi Politik  

  1. Politik dan agama tak boleh dipisahkan. Kedua2nya saling berkaitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s