Selagi Ada Pemikiran Menyokong dan Bersetuju Dengan Anwar Ibrahim, Kita BELUM LAGI MERDEKA!


Oleh rmf

Sehingga ke saat ini, Anwar Ibrahim masih gagal menjelaskan mengapa dia bersungguh-sungguh mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor. Walaupun dia cuba bermain alasan cliche kononnya, isterinya mempunyai keupayaan dan pengalaman, tetapi penyanggahan terhadap hujah-hujahnya itu membungkamkan mulut Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun yang mencermati kemelut di Selangor akan tertanya-tanya apakah permainan sebenar Anwar Ibrahim yang berkeras mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor, sehinggakan tidak seorang pun ADUN PKR apatah lagi PAS, mempunyai kelayakan untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Lebih menarik lagi ialah, kesungguhan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP untuk mempertikaikan pula kuasa DYMM Sultan Selangor sehinggakan sudah ada konco-konco Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang mengatakan DYMM Sultan Selangor tidak mempunyai sebarang peranan dan kuasa kerana yang berkuasa adalah Dewan Undangan Negeri serta parti-parti politik.

Hujah mereka, Raja Berperlembagaan bermaksud raja-raja hanyalah rubber stamp manakala kuasa pula adalah parti-parti politik kerana parti-parti politik bermaksud rakyat.

Dalam bahasa yang lebih mudah, mereka mahu menyatakan bahawa Institusi Raja-Raja sudah tidak diperlukan lagi dan wajar digantikan dengan sistem Republik yang membolehkan Anwar Ibrahim menjadi Presiden pertama Malaysia bersandarkan kepada JUMLAH UNDI POPULAR yang diperolehi pada PRU-13 lalu.

Kemelut kepimpinan di Selangor hanyalah sebahagian daripada drama 16 September yang tergendala pada tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim gagal memperolehi sokongan atau Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mahu lompat parti sebagaimana yang didakwanya. Ada juga yang berkata, memang tidak wujud isu lompat parti kerana sebenarnya Anwar Ibrahim hanya berpolemik semata-mata untuk mewujudkan kekacauan dan kekeliruan setelah mangsa liwatnya membuat laporan polis.

Dengan kata lain, Anwar Ibrahim cuba menutup malu bagi membolehkan sejarah hitam amalan homoseksualnya tidak tercatat dalam sejarah untuk ditatap oleh anak cucunya pada kemudian hari.

September 2014 juga nampaknya perkara yang sama juga berlaku. Menjelang kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan yang sehingga kini tidak menyebelahi Anwar Ibrahim, drama sepertimana yang berlaku pada September 1998 dan September 2008 perlu diulang-ulang.

Kerana itulah, Anwar Ibrahim berkeras untuk Wan Azizah, isterinya sendiri dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar Ibrahim hanya menunggu dan mencari alasan untuk meneruskan apa yang dilakukanya pada September 1998. Dan kalau perlu melakukan pemberontakan mahupun peperangan bersenjata itu jugalah yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Malangnya, beberapa percubaan sebelum ini telah digagalkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Cuma satu sahaja yang kelihatan berjaya bagi setiap usaha Anwar Ibrahim iaitu memecah belahkan perpaduan kaum.

Dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim dengan dibantu oleh Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng serta konco-konco mereka mempropagandakan isu-isu berkenaan walaupun merekalah yang menjadi pencetus dan perintis kepada masalah berkenaan. Dengan mempertikaikan segala-galanya dan kemudian meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim dan DAP dilihat sangat berjaya memecah belahkan dan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat Malaysia.

Ditambah pula dengan penguatkuasaan undang-undang yang lemah, menjadikan pelbagai masalah sedia ada, tidak terusik bahkan semakin menjadi-jadi.

Bukan tidak ada yang memerhati dan bukan tidak ada yang dapat berfikir, namun jmlah yang terlalu kecil berbanding mereka yang lebih banyak menggunakan emosi dan cenderung kepada konsep anti-establishment kononnya mereka lebih bijak dan tidak mahu dilihat bodoh, membuatkan perkara semudah pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dan rangka perancangan Anwar Ibrahim untuk membersihkan catatan sejarah hitamnya daripada ditatapi oleh anak cucunya, sukar diperhalusi.

Di sebalik laungan MERDEKA, sebenarnya sebahagian besar rakyat Malaysia terjajah dek kebebalan, kebodohan dan kejeleken cara fikir.

Barangkali kerana Malaysia terlalu makmur dan rakyat Malaysia hidup cara mudah, membuatkan mereka gagal sama sekali berfikir dan bertindak secara bijak.

Merdeka sangatkah kita?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s