PDRM: MOHON Tiada Tolak Ansur Dalam Isu Kedaulatan negara


Oleh rmf

Walaupun Malaysia hanya sebuah negara kecil aspek berkenaan menjadi tanggungjawab semua warganegara. Bagi menjaganya, ia tidak sepatutnya digalas atas bahu anggota keselamatan semata-mata. Sebaliknya semua rakyat perlu bergandingan bagi memastikan kedaulatan tersebut dapat dikekalkan.

Sebagai warga yang perihatin seharusnya semua rakyat agar dapat memahami dan memandang serius isu kedaulatan negara.

Berdasarkan kepada sejarah,  negara kita telah berdepan dengan beberapa siri ancaman keselamatan bermula dengan ancaman pengganas komunis semasa darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militan seperti kumpulan tentera sabilillah, kumpulan  Nasir  Ismail, al-Maunah dan lain lain lagi yang  kesemuanya menuntut berlakunya peperangan dan pertumpahan darah serta nyawa.

Alhamdulillah, semua ancaman keselamatan itu telah berjaya diatasi oleh pihak pemerintah dan pasukan keselamatan negara hasil perancangan yang tepat dan strategik demi mempertahankan maruah negara.

BEBERAPA peristiwa kebelakangan ini banyak menguji tahap kematangan kita untuk melihat sejauh manakah persediaan untuk memeta pemikiran melangkaui kepentingan politik. Keamanan dan keselamatan tidak boleh dikompromi dengan kepentingan pihak luar yang turut menyoal kedaulatan negara yang mesti dipertahankan bersama.

Era globalisasi atau dasar langit terbuka  sekarang, dengan jelas telah menjadikan medan media sosial sebagai salah satu tempat untuk meluahkan apa sahaja tanpa mengira isu yang diluahkan sama ada berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara.

Barangkali segelintir pengguna kerana berada di hadapan skrin layar ditemani oleh keyboard, berani menjadi cyber warriors semata-mata untuk memanipulasi isu-isu sensasi tanpa mengira batasan keselamatan dalam konteks masyarakat rencam dan sensitif kepada latar belakang mereka yang terbabit secara langsung dalam sesuatu isu. Ia dibuat atas kepentingan politik dan bukan keselamatan walau tahu ia boleh memberi ancaman kepada kehidupan sesama kita pelbagai agama dan amalan.

Kita boleh melihat bagaimana post post yang dilakukan ini apada kebanyakannya a=telah menujurus kepada perlanggaran RUKUN NEGARA dan Perlembagaan Malaysia  diamana ianya merupakan  teras kepada kestabilan  didalam negara ini. Tindakan perundangan yang agak longgar dan tidak tegas telah menyebabkan pelbagi pihak mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan kerajaan serta meranapkan apa yang terkandung didalam Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

Ancaman pemikiran atau “mind control”  sedang berlaku  di skrin komputer dengan galaknya tanpa ada tindakan “teladan” yang diperuntukkan  didalam perlembagaan Malaysia.

Sebagai contoh, ada dilakangan ahli politik yang cukup berani untuk menyatakan akan menumbangkan kerajaan, Menghina raja raja Melayu, mengancam akan mengeluarkan negeri didalam persekutuan, bukan kah ini salah satu kesalahan yang termaktub didalam perlembagaan sebagai kesalahan yang berat dan hukumannya juga demikian.

Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati—

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu; atau

(c) bahawa orang itu, dalam tempoh lima tahun mulai dari tarikh pendaftaran atau dari tarikh perakuan diberikan, telah dihukum dengan pemenjaraan di mana-mana negara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit atau yang senilai dengannya dalam mata wang negara itu, dan telah tidak mendapat pengampunan bebas berkenaan dengan kesalahan yang kerananya dia telah dihukum sedemikian.

Sebagaimana berlakunya peritiwa Lahat Datu,fakta yang dipesong dengan menggunakan media baru boleh mengganggu proses memahami keadaan sebenar terutama yang berkaitan dengan keselamatan baik yang terlibat secara langsung seperti perwira di Lahad Datu dan Semporna serta keluarga yang bersedia untuk membenarkan negara memiliki pejuang tanah air ini.

Jesteru iti, Kerajaan melalui pruntukan perundanagan yang jelas mesti  melakukan satu tindakan yang tegas  untuk menangani masalah “gunting dalam lipatan”  yang semakin menular dan bermaharaja lela dimedia sosial. Kelembaban mengambil tindakan akan menjurus kepada  isu berkaitan keselamatan negara dan juga bakal mengancam nyawa rakyat didalam negara ini.

Partisipasi dalam media baru banyak mempengaruhi keadaan semasa tetapi jangan disalah guna kemudahan. Jika mahu terbabit, jadi seorang yang akan bertanggungjawab dengan komentar dan pandangan dan cuba bolosi isu merentasi nilai-nilai yang boleh mengganggu nilai harmonis sesama penghuninya.

Keamanan adalah tanggungjawab bersama terutama yang mengelar diri mereka sebagai warga. Kedaulatan, keselamatan dan keamanan bukan boleh dijual beli untuk kepentingan mana-mana individu tetapi adalah milik bersama untuk berhadapan dengan sebarang krisis atau cabaran kerana tanah air ini adalah acuan kita dan kita yang akan menentukan masa depan tanpa perlu telunjuk daripada negara luar yang sangat berminat dengan Malaysia akhir-akhir ini.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s