Mat Taib Sahkan Parti Islam Kini Bergantung Undi Cina


Oleh rmf

PERTAMA kali terbaca kenyataan bekas MB Selangor, Mat ‘Briefcase’  Taib di sebuah portal berita kelmarin bahawa PAS akan hilang 10 kerusi sekiranya PRN diadakan di Selangor akibat pemulauan pengundi cina, penulis terfikir beginikah berakhirnya sebuah parti yang konon dominan Islam – bergantung belas ikhsan pada pengundi cina?

Tak hairanlah kenapa serban dan jubah makin jarang dipakai pemimpin-pemimpin PAS, rupanya sebab parti itu kini sudah hilang kedudukkannya di kalangan pengundi Melayu/Islam.  Yang tentu hala tuju parti itu di DUN dan Parlimen hari ini adalah pengundi cina – ini Mat Taib sendiri sahkan dengan kenyataan tersebut.

Jangan kata itu, 27 dari 37 ahli Jawatankuasa PAS Pusat pun sekarang dah hilang kopiah – syarat wajib kalau sokong parti bulan.  Kebetulan atau apa, 27 orang inilah yang undi sokong singkirkan Khalid dari jadi Menteri Besar Selangor seperti mana yang Anwar harapkan.

Persoalannya sekarang, apa sudah jadi?  Penulis tak sangka macam ini teruknya PAS bertukar.  Dari parti yang tegar dengan perjuangan Islam kepada parti yang kini bergantung harap undi cina untuk kekal relavan dalam politik Malaysia.

Dulu kerjasama UMNO-MCA jadi bahan politik yang cukup ampuh PAS kenapa rakyat perlu pilih mereka.  Sekarang, dah dia pulak yang tak boleh  hidup kalau undi cina lari.  Ironi, ironi.

Apa pun, padan dengan muka PASlah.  Terima kasih juga kepada Mat Taib kerana dedahkan apa yang selama ini rakyat serta penyokong PAS ingin dengar.  Perlu seorang bekas buangan UMNO untuk dedahkan semua keaiban ini.

PAS memang sudah hilang sokongan majoriti orang Melayu.  Melayu yang tinggal sokong PAS hari ini adalah Melayu yang mudah diperalatkan, yang berguna bila nak adakan himpunan dan yang seperti itu.

Melayu yang boleh berfikir baik buruk masa depan negara dan kerjasama politik menang-menang macam mana yang sesuai untuk negara macam Malaysia ini, semuanya sokong BN, sokong UMNO.  PRU13 buktikan, UMNO boleh hidup tanpa sokongan cina, malangnya, keadaan sebaliknya untuk PAS.

Takdak undi cina, diakui oleh pemimpin mereka sendiri sekarang yang mereka tak boleh menang.  Kesian.

Orang PAS kalau tak setuju dengan Mat Taib, sila sanggah – dengan fakta.-mykmu

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s