Khalid Bukan Lembu Suci, Apakah Guan Eng Babi Suci?


Oleh rmf

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mengingatkan Ketua Polis Negara< Tan Sri Khalid Abu Bakar, bahawa beliau bukan maksum dan bukan lembu suci kerana mengarahkan siasatan ke atas individu yang memaki hamun danmemfitnah Ketua Polis Negara dalam Twitter.

Kenyataan Lim Guan Eng ini sebenarnya menunjukkan sikap anarki beliau yang menentang keamanan dan pasukan keselamatan secara membabi buta.

Siasatan yang dilakukan ke atas Viktor Wong adalah kerana fitnah ke atas KPN yang kononnya bertindak seperti komander Nazi.

Ini bermakna beliau menuduh KPN menyalahguna kuasa atau bertindak seperti rejim Nazi ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

Ini bukan kritikan tapi merupakan fitnah ke atas jawatan KPN. Fitnah atau dakwaan seperti ini merupakan satu tindakan jenayah yang serius kerana ia boleh mewujudkan hilang hormat dan kepercayaan orang awam terhadap pasukan keselamatan. Jika ini dibiarkan berleluasa, ia boleh mencetuskan huru-hara dan kekacauan akibat salah faham.

Kita faham Khalid menjadi sasaran Kemarahan Guan Eng kerana POlis Di Raja Malaysia melakukan tangkapan beramai-ramai ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kesayangan Ketua Menteri ini.

Guan Eng tidak berpuas hati dan mendakwa PPS tidak menyalahi apa-apa undang-undang negara. Jika tidak salah maka jawablah di Mahkamah.

Guan Eng turut mengingatkan yang Khalid hanya seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Guan Eng perlu sedar bahawa kewajipan KPN bukan sekadar memerangi jenayah tetapi juga memastikan negara ini aman dan selamat. Ini termasuk memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada dipatuhi rakyat.

Guan Eng juga mungkin lupa bahawa tindakan besar-besaran dibuat ke atas PPS setelah ada banyak laporan bahawa PPS ini bertindak semacam kumpulan samseng.

Malahan seorang ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa beliau diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit PPS di Air Itam minggu lalu.

Guan Eng harus bertanggung jawab kerana kerajaan negeri pimpinannya telah membenarkan kewujudan satu pasukan keselamatan secara haram. Beliau harus bertanggungjawab dan menerima akibatnya.

Khalid Abu Bakar bukan lembu suci. Beliau akan terdedah kepada tindakan jika melampaui kuasa dan batas undang-undang seperti mana terjadi kepada Tan Sri Rahim Noor.

Namun sudah banyak kata-kata Guan Eng yang menghina pihak Polis Di Raja Malaysia, apakah beliau akan terus menjadi babi suci bebas menyondol sesiapa sahaja tanpa sebarang tindakan?

Semalam beliau sekali lagi cuba mencetuskan huru-hara dan kekacauan apabila melontarkan cabaran di hadapan wartawan agar polis menangkap beliau,

“Bila giliran saya akan ditangkap? Saya tunggu beliau,”katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Georgetown. – agendadaily.com

Apakah Lim Guan Eng merupakan babi suci yang tidak boleh disentuh kerana berselindung di sebalik tanggapan beliau pemimpin utama kaum Cina dan Ketua Menteri Pulau Pinang?-mykmu

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s