PDRM Siasat Segera : Pulau Pinang Masih dibawah Persekutuan- Mengapa Tema Hari Kebangsaan Berlainan?


Oleh rmf

Mengapa  perlu ada pengasingan tema  Hari kemerdekaan negara dengan kepimpinan DAP . Pulau Pinang masih lagi dibawah naungan kerajaan persekutuan, Melakukan pengasingan tema hari kebangsaan adalah secara jelas memberikan gambaran bahawa mereka sedang merancang untuk menjadi sebuah negeri yang berasingan dengan kerajaan pusat.

Ini tidak mungkin akan berlaku, Pulau Pinang masih lagi dibawah jajahan Kesultanan Kedah dan masih lagi berada dibawah kerajaan pusat. Ini merupakan satu tindakan tidak mengiktiraf kemerdekaan negara oleh Cina Chauvanis DAP.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Melayu PKR dan PAS yang mana membenarkan perkara ini berlaku. Sedikit demi sedikit agenda untuk menjadikan Pulau Pinag bukan sebahagian dari  negeri dibawah persekutuan sedang dijalankan dengan giatnya.

Bagi pandangan saya perbuatan ini merupakan satu pengkhianatan dan menarik kesetiaan kepada persekutuan. Kesalahan ini adalah termaktub didalam perlembagaan Malaysia yang mana  hukuman yang amat berat  seharusnya dikenakan sebagai pengajaran.

Polis DiRaja Malaysia seharusnya mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan  kedaulatan negeri dibawah Persekutuan  dan dibawah  pemerintahan YDP Agong tidak di perkotak katikkan dengan  kelemahan kita dari sudut Perundangan negara. 

Tindakan tegas sebagai pengajaran agar mereka lebih menghormati teras perpaduan Negara iaitu Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia dipatuhi , bukan sewenangnya melakukan apa yang mereka kehendaki dengan sesuka hati.

Tema hari Kebangsaan Negara ialah ” Disini Lahirnya Sebuah Cinta” secara rasminya menceritakan  semangat patriotik terhadap negara ini dengan menghargai setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang kemerdekaan sebelum ini.

Namun, apa yang berlaku amat janggal sekali apabila DAP mengubah tema Hari Kemerdekaan Negara kepada  “Bersatu dan Maju” untuk negeri Pulau Pinang. Mengapakah ini dilakukan.

Jika kita kupas semula sejarah silam , ini adalah merupakan salah satu untuk menghilangkan sejarah  bangsa Melayu dan sejarah kemerdekaan negara dengan tidak mengiktirafkannya. Disamping tu, Pulau Pinang cuba mengasingkan diri dari persekutuan untuk menyambut bersama  dan seiring dengan pihak kerajaan.

Secara tidak langusng perbuatan ini telah menunjukkan  tidak ada kesetiaan pemimpin DAP terhadap YDP Agong dan pemerintah  yang memerintah Malaysia. Rujuk semula kepada perlembagaan Malaysia bila mana kesetiaan kepada negara ditarik. 

Saya amat berharap satu tindakan atau siasatan yang tegas dijalankan berhubung dengan perkara ini agar ianya tidak menjadi barah yang menular keseluruh  negeri.

UCAPAN LIM GUAN ENG SEMPENA MERDEKA

BERSATU DAN MAJU -TEMA HARI MERDEKA DARI LIM SEKELUARGA.

Perutusan FITNAH DAN MENYEMAI KEBENCIAN Hari Merdeka 2014 oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2014.

Ulangtahun Kemerdekaan ke-57 yang penuh was-was, dibayangi ekstremisme kaum yang kian meningkat, tragedi nahas berkembar MH37- dan MH17 serta kehilangan pekerjaan buat 6,000 petugas MAS, pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, penafian peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar cemerlang dan peningkatan kos sara hidup.

Malaysia menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-57 yang penuh was-was, dibayangi ekstremisme kaum yang kian meningkat, tragedi nahas berkembar MH37- dan MH17 serta kehilangan pekerjaan buat 6,000 petugas MAS, pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, penafian peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar cemerlang dan peningkatan kos sara hidup.

Sementara rakyat Malaysia bersatu hati dalam ingatan dan kedukaan ke atas mereka yang terkorban dalam tragedi berkembar MH370 dan MH17, pemimpin politik BN terus menambah kehangatan politik dengan kenyataan memecah-belah dan tindakan ekstremis. Pemimpin Pakatan Rakyat dikenakan pendakwaan terpilih dan layan undang-undang double standard berikutan pendakwaan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen DAP Teresa Kok, mendiang Karpal Singh serta Adun DAP Pulau Pinang RSN Rayer, Ahli Parlimen PKR N. Surendran, Rafizi Ramli dan Tian Chua; serta Ahli Parlimen PAS Khalid Samad.

Adakah sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka yang berhimpun di luar rumah bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan melakukan senaman bontot? Dan kenapa pula tidak ada tindakan terhadap fitnah yang dibuat bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah anti-Islam hanya kerana ia membenarkan upacara bacaan doa di sebuah bangunan persendirian sebuah NGO dilakukan oleh seorang ustaz Islam serta pendeta Hindu dan Kristian?

Pada masa yang sama, 6,000 pekerja MAS akan diberhentikan di bawah pelan menyelamat bernilai RM6 bilion dan akan menyambut Merdeka tanpa pekerjaan dan jaminan kewangan. DAP menentang pemecatan 6,000 pekerja tersebut kerana sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu membelanjakan RM6 bilion wang rakyat untuk menyelamatkan MAS, syarikat kroni BN lah yang mesti dipecat terlebih dahulu dan bukannya 6,000 pekerja biasa MAS. Kenapa lebihkan kroni berbanding pekerja biasa?

Sama juga halnya apabila rakyat Malaysia tidak dapat memahami kenapa pelajar cemerlang STPM dinafikan tempat di universiti dan kursus yang mereka kehendaki? Ramai pelajar cemerlang STPM tertolak daripada mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi; serta sebaliknya ditawarkan kursus kejururawatan. Adakah kita akan berdepan situasi di mana pelajar-pelajar cemerlang kita menjadi jururawat yang akan menjadi lebih pintar dan cekap berbanding doktor-doktor kita nanti?

Rakyat Malaysia benar-benar rindukan perubahan kerana mereka mahukan kerajaan yang mendahulukan mereka, mengutamakan mereka melebihi kroni dan memastikan bahawa kekayaan negara diagihkan sama rata demi membantu mengatasi kenaikan kos sara hodup. Sambutan Hari Merdeka ke-57 tahun ini hanya akan bermakna sekiranya semua rakyat Malaysia menikmati kebebasan daripada kejahilan, kemiskinan, rasuah serta bebas dari belenggu ketakutan.

LIM GUAN ENG

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s