Khalid Samad Di Ludah, Di kata Pengkhianat.. (Padan Muka )


Oleh rmf

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak mengaku bersalah terhadap dakwaan menghasut hari ini berhubung kenyataannya tentang Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), menjadikannya ahli politik pembangkang ketiga yang didakwa kerana menghasut dan memfitnah sejak 7 hari lalu.

Pada 19 Ogos, Naib Presiden PKR N Surendran didakwa selepas mengeluarkan kenyataan mengenai perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semalam kerana memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ceramahnya dua tahun lalu.

Turut hadir untuk menyokong Khalid di mahkamah hari ini ialah bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sert Ahli Jawatankuasa PAS Dr Hatta Ramli.

Khalid pada 26 Jun menggesa Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.

Beliau membuat gesaan itu selepas Mais gagal mematuhi keputusan Jabatan Peguam Negara memulangkan semula Bible versi Iban dan Bahasa Melayu yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia.

Pada 15 Julai, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Khalid biadap kerana mempersoalkan kedudukannya sebagai ketua agama Islam di negeri ini.
“Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak sepatutnya mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat memansuhkan kuasa eksekutifnya.
“Saya sedih dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini,” kata baginda.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau meminta maaf kepada Sultan jika kenyataannya itu difahami sebagai mencabar kuasa baginda.

Khalid bagaimanapun berkata beliau berpegang kepada pendiriannya yang Selangor perlu mengkaji semula kuasa eksekutif Mais, sambil menambah bukan niatnya mencabar kuasa Sultan, tetapi hendak melindungi institusi diraja itu daripada sebarang kritikan sekiranya Mais silap dalam menjalankan tugasnya. – 26 Ogos, 2014.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s