PKR tak perlukan sokongan PAS untuk lantik Wan Azizah jadi MB Selangor


oleh rmf

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak memerlukan sokongan PAS bagi meneruskan cita-cita parti itu untuk menjadikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu terlaksana.

 
Naib Presiden PKR yang baharu, Mohd Rafizi Ramli berkata, ini kerana Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majoriti mudah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
 
“Walaupun tanpa surat sokongan PAS, kita mempunyai majoriti yang jelas,” katanya dalam ucapan penggulungan sebentar tadi.
 
Rafizi berkata demikian merujuk kepada baki 13 wakil rakyat PAS Selangor yang belum menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Wan Azizah.
 
Hingga kini Pakatan Rakyat Selangor mempersembahkan 30 SD kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan pendirian supaya penyandang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan.
 
Tiga puluh SD yang dipersembahkan sebelum ini ditandatangani 13 wakil rakyat PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi daripada PAS.
 
Selain itu, Rafizi yang juga bekas Pengarah Strategi PKR ketika ‘Langkah Kajang’ dimulakan untuk menggulingkan Khalid memberi peringatakan kepada ahli parti supaya bersiap-sedia jika pilihan raya negeri Selangor terpaksa diadakan.
 
Katanya, ahli PKR tidak boleh memandang ringan kemungkinan itu kerana perkara tersebut boleh berlaku jika Khalid tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatannya.
 
“Tapi saya nak ingatkan Tan Sri Khalid supaya jangan sabotaj rakyat dengan membubarkan DUN (Dewan Undangan Negeri). Undurlah dengan baik.
 
“Bagaimanapun, kita sebagai anggota parti perlu bersedia dari sekarang jika pilihan raya negeri diadakan,” katanya.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to PKR tak perlukan sokongan PAS untuk lantik Wan Azizah jadi MB Selangor

  1. OrangBukit says:

    Kenapalah bongok sangat….. pembubaran DUN Selangor adalah hak mutlak DYMM Sultan Selangor. Sekiranya DYMM berpendapat tiada siapa pun mendapat sokongan majoriti dlm DUN Selangor atau DYMM tidak bersetuju dengan calon yang dikatakan dapat majoriti itu…DYMM berkuasa untuk membubarkan DUN. YB Khalid “had no say…. Mr. Naib Presiden Rafizi…. dont be so stupid….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s