KUPASAN : Mengapa Tun M Menarik Sokongan Terhadap DS Najib


Oleh rmf

Tersentak, tergamam, bila satu kenyataan yang cukup keras dikeluarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir keluarkan dengan menarik semula sokongannya  kepada DS Najib Razak baru baru ini. Ramai juga yang menyatakan kemarahan dengan tindakan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir.

Bukankah agak ganjil bila  Tun M menyatakan penarikan sokongan ini kepada  orang yang disokongnya sejak dahulu lagi sehingga menjadi saorang Perdana Menteri. Tindakan ini menimbulkan satu gelombang yang baru sebelum pemilihan Agong UMNO akan datang.

Sebagai orang lama didalam politik Tun M telah bertindak secara jelas dan terangan dalam tersirat untuk memberikan satu peringatan kepada seluruh Anli UMNO yang  mana sekarang ini kita lihat sebagai satu kelompok yang sudah tidak memperdulikan agenda Agama , Bangsa dan Negara yang diperjuangkan.

Tun M melihat dalam keadaan yang cukup kucar kacir sekarang, satu gelombang seharusnya dibuat untuk meyedarkan  bahawa satu ketidak seimbangan sedang berlaku didalam kocakarus politik  yang yang mana telah banyak kehilangan keyakinan dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di negara sendiri

Sebagai pemerhati politik, saya mengharapkan gelombang ini akan bergelora didalam pemilihan agong UMNO akan datang untuk mengembalikan satu desakan keyakinan dari akar umbi dan juga perwakilan  untuk mengubah kepada satu bentuk perubahan  yang menyakinkan akar umbi kepada kepimpinan.

Jika ada kesedaran didalam hati perwakilan nanti, gelombang ini akan menjadi satu “viral” yang cukup hebat  di Perhimpunan  Agong UMNO nanti. Walaupun pada masa yang sama DS Najib kini dengan tenang menghadapi pelbagai musibah dengan kekuatan ekonomi yang semakin meyakinkan.

Apakah kita lihat sekarang bahawa masej yang ingin disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia oleh Tun M  melalui  kapasiti beliau sebagai akar umbi atau rakyat  adalah untuk mencabar keseluruhan pemimpin UMNO yang sentiasa menjadi pengampu dan pembodek melakukan “post Mortem” terhadap apa yang sedang berlaku sekarang

Pemimpin UMNO yang menjadi pengampu dan pembodek ini lah yang ditegur oleh Tun M yang mana  hanya berani mengatakan sesuatu dibelakang  namun tidak berani walau setapak untuk menyatakan kebenaran dan melakukan teguran secara terbuka  terhadap Perdana Menteri. semasa Perhimpunan Agong UMNO akan datang.

Sebagaimana kita tahu sikap Tun M, beliau setelah melakukan teguran secara empat mata  untuk kebaikan  negara ini, jika tidak diambil , dikaji, ditimbangkan sebaiknya  sebagaimana terdahulu, teguran secara terbuka akan dilakukan. Susulan itu dimasa ini kita akan melihat banyak diantara Pengampu dan pembodek dikalangan Menteri akan menentang tindakan ini.

Jesteru itu, kita akan melihat bagaimana kaki bodek dikalangan penjawat didalam UMNO dan Menteri akan mengerahkan tenteranya  untuk melindungi DS Najib  dari dilihat melakukan kesalahan kepada sebaliknya . Semestinya Pembodek dan pengampu dikalangan pemimpin UMNO akan memberikan satu  tindakan balas terhadap Tun M.

Budaya ini lah yang ditekankan oleh Tun M agar setiap perwakilan  semestinya berani melakukam teguran terhadap pemimpin terutama kepada Perdana Menteri agar dia tahu bahawa ada dikalangan tindakannya akan mengkucar kacirkan Negara ini.

Selama pemerintahan DS Najib , berapa banyakkah Penjawat didalam UMNO termasuk Menteri melakukan teguran secara  empat mata atau terbuka terhadap Perdana Menteri untuk kebaikakn Agama Bangsa dan Negara.

Cukup Cukup lah menjadi Pembodek, Pengampu yang menjahanam kan negara ini.

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to KUPASAN : Mengapa Tun M Menarik Sokongan Terhadap DS Najib

  1. mae says:

    ketika PR sedang kecamuk, Tun pula cuba kecamukkan BN. Tun ni kdg2 mcm gunting dlm lipatan. ingat komen yg dibuatnya sebelum pru13 telah menggugat sokongan kpd BN. Tun ada agenda sendiri. Memang alasannya demi bangsa negara bla bla bla. Tapi caranya kurang rasa rasa tanggungjawab bila melalui media. Kalau masa zamannya, mesti dah kena serbu org yg buat komen kpdnya.

    • berasiam says:

      tun mahathir tidak mempunyai kepentingan yang terselindung. malahan dia lebih beruntung jika berdiam diri sahaja. sedikit sebanyak, tindakan mengkritik sebegini akan menjejaskan masa hadapan mukhriz pada mata pemimpin umno dan kerajaan. namun tun mahathir bersuara apa yang selama ini telah dibangkitkan dalam pelbagai paltform tetpi tidak diambil kisah oleh najib dan juak-juaknya. malahan teguran tun mahathir secara berdepan pun najib tidak ambil kisah. najib terus hanyut dalam dunianya yang dipenuhi pembodek, penasihat dan perunding yang tidak mempunyai sebarang tanggung jawab. tanggung jawab sepenuhnya dipikul oleh najib. yang lain menumpang kuasa sahaja. maka tun mahathir membuat teguran, ketika persidangan umno bahagian sedang berlangsung. gunting dalam lipatan sebenarnya ialah pasukan penasihat dan perunding serta kabinet yang dibarisi pembodek dan pengampu. merekalah yang melindungi segala kepentingan peribadi dan akan rugi-serugi-ruginya jika najib berubah sikap dan pandangan terhadap mereka.

    • roslan bin othman says:

      Apa yang Tun M cakap tu semua betul , dan dia dah tegur secara berhikmah dan lembut berulang kali dalam blog dan media tapi Najib buat sombong serta pekak dan pengkaki bodek serta penasihat yang tak berguna semakin melampau bukan semakin memperberulkan keadaan malah memburukan . Jadi tak salah sekali sekala Tun mengeluarkan kenyataan yang tegas , kesalahan kepada Najib suka buat pekak . kamu mea tak payah nak naik angin satu badan kerana tiada faedah .

    • sman says:

      Saya bersetuju dgn pandangan sdr.Sebagai bekas PM tentu beliau boleh berjumpa PM Najib pada bila-bila masa saja utk membuat teguran,tapi beliau memilih cara terbuka.Dulu Tun sentiasa ‘menikam’ timbalannya,sekarang Tun ‘menikam’ penggantinya.Inilah susahnya kalau mersa dia saja yg pandai dan betul.Saya bukan tak hurmat Tun,tapi tak mahu penumpang menganggu nahkohda,agar pelayaran lebih teratur dan selamat.Tun lupa semua masalah telah bermula dari zaman beliau lagi.PRU 1999,kalau tak kerana undi kaum Cina,BN/Umno dah hilang kuasa,ingatkah dia?.Isu kronisma,rasuah ,nepotisma,salah guna kuasa yg di benci rakyat semuanya telah bermula di zaman dia lupakah dia.?.najib beri BR1M pun Tun kritik,tapi Tun dulu beri projek mega pada tokey tertentu boleh pulak dan tokey tu sekarang sudah berpaling tadah memberi bantuan kepada parti Anwar pula,manakala penerima BR1M terus mejoritinya menyokong Umno/BN.Cara Tun pun tak banyak membantu survival Melayu,selepas 22 tahu menjadi PM,Melayu masih ketinggalan juga,walau pun saya berpandangan itu bukan salah Tun taapi salah Melayu sendiri.Sekarang Melayu nak kekal macam masa Tun,untuk terus selesa tanpa perlu berusaha keras,org jenis itulah yg banyak merungut pada Tun,mengataka PM Najib tak tolong Melayu.

  2. Makeover says:

    Siapa Pembodek Dan Pengampu itu… ?
    Sila senaraikan nama mereka ……

  3. zizan says:

    Surat khabar The Star hari ini mengeluarkan kenyataan Chew Mei Fun dari MCA mengutuk kerajaan PAS kelantan melarang lelaki menyertai kejohonanan netball wanita. Tetapi tidak pula menyiar kenyataan mana2 wakil DAP dalam isu yang sama. Apa yang Star ingin tunjukkan ialah MCA anti-Islam tetapi bukan DAP. Star dimiliki oleh MCA tetapi menyokong DAP secara terang dan mensabotaj MCA. Memang sah pemimpin BN dari MCA dan Presiden UMNO sendiri memang bodoh. Anak kera dihutan diberi susu, anak dirumah mati kelaparan.

  4. Ellen Wong says:

    Tun sebenar nya ialah pakar strategi. Dia buat ini adalah untuk perkukuhkan kedudukkan DS Najib dimata rakyat Malaysia keseluruhannya terutama kepada kaum Cina untuk support DS Najib kembali. Mengenangkan ini amatlah sayu sekali pengorbanan Tun. Ini ploy Tun sebenarnya. Dia sayang DS Najib macam Tun Razak sayang dia juga. Dia ibarat lilin membakar diri. Bila Cina takut Ah Jib Gor jatuh dan pro Mahathir naik, Cina akan cepat2 beri sokongan kepada DS Najib dan therefore BN akan kembali lebih berkuasa. Semua tahu untuk pemerintahan yang mature dan stabil kaum Cina tak boleh di sisih secara total. Tun tahu dia akan pergi meninggal alam fana ini dan ini adalah untuk UBN berkuasa kembali kuat. Dia adalah strategis yang licik dan dia bersedia untuk di hentam sampai lunyai untuk UBN kembali kukuh. Dan inilah banyak orang tak tahu dan tidak kenal siapa Tun sebenarnya. Memang game Tun penuh risiko tetapi Tun dah buat calculation teliti sapertimana game2 dia yang lepas yang public ingat BN akan kalah oleh kerana mulutnya.Tun bukan orang yang emosi. Lagi satu Tun nak avoid orang yang desperate,panic, takut hilang kuasa dan lemah semangat dalam UMNO di ambil kesempatan oleh DS Anwar. Inilah pengorbanan Tun yang terakhir sabelum Tun pergi. Tun dah detected DS Anwar coba mengurat DS Najib. Don’t think its impossible things won’t work out amongst them. Dalam UMNO pun ada Anwarinas (yang terlalu banyak berfalsafah tapi tidak sedar akan bahaya dibawa arus kemelut). Kalau Tun bagi tekanan terlalu kuat pada DS Najib kemungkinan mengurat tu berjaya tu ada. Tapi it depends also betapa sayangnya DS Najib pada Tun. One thing about Tun dia tahu nak adjust kalau certain scenario itu akan really turns worst. Tun tidak akan sekali-kali bodoh untuk korbankan perjuangan UMNO dalam misi UMNO (kalau ada) untuk terus berkuasa di Malaysia. Apa pun yang kita cakap memang sukar nak dapat kembali orang saperti Tun. Manusia yang Allah anugerah kebolehan untuk seperate kan intelek dan emosinya dalam banyak situasi. Hanya Allah sahaja yang tahu apa gambaran dalam kepala Tun. Yang kita tahu Tun tak berdendam dan tak emosi, Word layoutnya “penuh sindiran” dan penuh erti. Even perkataannya yang sudah technically clear pun masih ada warna2 sindiran. Untuk orang yang nak ambil cakap Tun secara literal, go ahead.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s