WAJAH SEBENAR WAN AZIZAH 


Oleh rmf

Wan Azizah sering digambarkan sbg muslimah yang baik, beriman dan berakhlak. Apatah lagi dengan cara penampilannya disertakan pula dengan tasbih yang sentiasa di tangan.

Selama ini masyarakat memberi tanggapan yang salah terhadap dia. Kononnya dia menjadi alat Anwar utk membuat itu ini. Wan Azizah baik dan Anwar yang jahat.

Itu salah !

Sebenarnya Wan Azizah yang lebih jahat drp Anwar. Semalam saya bertemu dengan seorang yang pernah rapat dengan Wan Azizah suatu masa dulu. Orang itu menceritakan kepada saya, sejak peritistiwa Anwar dipecat dan dipenjara tahun 98 hingga sekarang Wan Azizah telah ada 4 org setiausaha politik.

1. Anuar Shaari
2.Raja Ahmad Abdullah
3.Dr Yusri Mohamad
4.Faekah Husin

Hari ini kesemua keempat-empat mereka bukan setakat meninggalkan Wan Azizah, malah meninggalkan PKR. Faekah Husin orang yang sanggup perhabis beratus ribu wang sendiri utk Azizah dan keluarga, hari ini juga meninggalkan Wan Azizah dan PKR.

Kemelut yang melanda Selangor sekarang ini memperlihatkan dengan jelas lagi kpd kita semua wajah sebenar wanita yang pernah diberi anugerah Sayyaditina Khatijah oleh ABIM.

Hari ini kita boleh lihat wajah sebenar dia yang penuh dengan ketamakkan dan keminatan untuk menjadi MB Selangor. Dia sdg menggunakan keadaan dan pergolakkan yang berlaku untuk kepentingan peribadinya. Dia sanggup menikam Khalid Ibrahim selaku orang yang dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri.

Jika dia seorang muslimah yang baik dan berpewatakkan sbg seorang pendamai dan mahu pakatan bersatu, hari ini dia panggil satu sidang media dan umumkan dia menarik diri daripada menjadi MB Selangor dan mengemukakan beberapa nama calon lain yang sesuai atau menyerahkan kerusi itu kpd PAS selaku parti yang mempunyai kerusi yang lbh berbanding PKR.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya pula. Dia pula yang meminta semua parti rakan2 nya bersatu menyokong dia sbg MB. Lebih drp itu lagi, dia pula yang panggil sidang media dan dia sendiri yang umumkan mendapat 30 sokongan utk menjadi MB. Malah sanggup curi 2 adun parti rakan tanpa persetujuan PAS utk memberi sokongan kepadanya.

Itukah muslimah solehah ? Itukah muslimah yang mulia ? Itukah wanita yang sering memegang tasbih di tangan depan khalayak umum ? Itukah wanita yang diberi anugerah Sayyaditina Khatijah ?

Apa yang berlaku menunjukkan dia tamak dan dia sendiri pun tak boleh tahan untuk menjadi seorang MB. Tak payah nak cakap pasal perjuangan untuk rakyat dan negara lah. Cukup2 lah menipu rakyat. Dan rakyat pula cukup2 lah tertipu dengan syaitan2 yang berwajah alim. Tudung, tasbih, ketayap dan jubah bukan ukuran keimanan dan keperibadian seseorang. Jangan kita tertipu lagi.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s