DUN Selangor Di Jangka Bubar 25 Ogos 2014


Oleh rmf

Sebelum ini Khalid Ibrahim amat yakin bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti dari Adun-Adun Selangor. Namun kenyataan Wan Azizah hari ini telah “mengoncang” pendirian beliau. Oleh itu menurut sumber-sumber dalaman SUK, Khalid Ibrahim akan membubarkan Dun Selangor pada 25 Ogos 2014 sekiranya beliau gagal memdapat sokongan penuh daripada PAS.

Menurut perancangan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim, beliau memilih tarikh 25 Ogos tersebut berdasarkan kepada tarikh Sultan Selangor pulang dari bercuti iaitu 23 Ogos 2014. Oleh itu, Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada 24 Ogos 2014.

Sekiranya Sultan Selangor memperkenankan hasrat Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor, maka surat akan dihantar kepada speaker Dun pada tengahari itu juga.Sebelum ini Wan Azizah telah mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS telah menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dua Adun PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) kononnya telah menyatakan sokongan mereka kepada Wan Azizah bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR. Oleh itu kononnya Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN sahaja.

Namun kita perlu ingat bahawa sejarah PKR sebelum ini selalu menjadikan Sidang Akhbar untuk “menipu” rakyat sepertimana yang telah mereka lakukan semasa isu “16 September”. Sejauh mana kebenaran kenyataan Wan Azizah tersebut sebenarnya masih amat diragui. Tambahan pula, Khalid Ibrahim ini juga amat faham dengan “permainan” Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sama-samalah kita tunggu penamat kepada episod Menteri Besar Selangor ini.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s