DAP “Serang” Exco PAS Selangor


Oleh rmf

Kini DAP mula menunjukkan belang mereka sebenarnya terhadap PAS, Kini mereka telah berani menyerang sekutu yang dahulunya dibelai  dimesrakan begitu intim, Ini adalah susulan PAS menyokong Khalid Ibrahim yang mana akan menjejaskan agenda DAP untuk mempergunakan Melayu Islam sebagai pelindung kepada perbuatan mereka.

Menurut Malaysiakini, krisis politik Selangor memasuki episod baru hari ini apabila DAP memulakan ‘serangan’ terhadap Exco PAS yang masih setia pada dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mensasarkan serangannya terhadap Exco hal ehwal pendidikan, Dr Halimah Ali yang disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik.”

Teng mendakwa Exco PAS itu berpura-pura tidak mengetahui mengenai rancangan Khalid untuk membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November ini.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut membangkitkan isu pemberian peruntukan untuk sekolah persendirian Cina di Selangor yang didakwanya dilengah-lengahkan oleh anggota Exco PAS itu.

Dakwanya, bermula dari tahun 2009, empat sekolah Cina persendirian di Selangor mendapat peruntukan automatik dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta setiap tahun.

Namun bermula tahun ini, dakwanya, sekolah-sekolah itu diminta mengisi borang untuk mendapat peruntukan tersebut dan dikenakan pelbagai syarat.

“Ada beberapa contoh sebelum ini, antaranya sekolah-sekolah Cina persendirian dijanjikan peruntukan (dari kerajaan negeri) tetapi beliau melengah-lengahkan pemberian peruntukan itu,” kata Teng.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Halimah pagi ini yang mendakwa tidak tahu menahu tentang kenyataan Teng berkenaan pembubaran DUN.

Semalam, Teng mendakwa Khalid cuba mengekalkan kuasa sebagai menteri besar sebelum membubarkan DUN Selangor pada November ini.

“Beliau berkata satu “sumber yang amat dipercayai” memberitahu bahawa Khalid telahpun berbincang dengan empat orang exco PAS untuk kekal sehingga sidang DUN wajib tiga bulan lagi,” katanya.

 

AIDC

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s