“Bertaubatlah Anwar, Usah Tipu Rakyat lagi,”


Oleh rmf

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah bertaubat dan tidak lagi mengulangi lakonan kotor untuk menipu rakyat, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Katanya, lakonan Anwar untuk ‘merampas’ kerusi Menteri Besar Selangor untuk diberikan kepada isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail sebagai tidak bertamadun.

“Perbuatan Anwar jelas mencabuli prinsip demokrasi, satu tindakan tidak bertamadun dan sukar diterima rakyat,” tegasnya.

“Kerajaan negeri Selangor ada undang-undangnya sendiri dalam klausa perlantikan seseorang Menteri Besar dengan terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan.

Beliau berkata, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh wajar bertaubat kerana lakona politikknya selama ini seolah-olah menolak takdir Allah S.W.T.

“Cukuplah Anwar, kembali ke pangkal jalan dan terimalah ketentuan illahi dengan berlapang dada, hentikanlah perbuatan tidak masuk akal untuk merampas kuasa di Selangor,” tegasnya.

Syed Ali mendakwa Anwar yang terlalu rakus untuk mengemis kuasa tergamak membelakangkan kepentingan rakyat Selangor dan istana Sultan.

Katanya, usaha menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar membuktikan ‘kegilaan’ Anwar untuk berkuasa.

Teori Langkah Kajang ujar beliau, sebahagian strategi Anwar untuk menguasai negeri Selangor dan sekaligus mencerahkan harapan menawan Putrajaya.

Bagaimanapun kata beliau, rakyat khususnya di Selangor tidak terlalu bodoh untuk menelan bulat-bulat apa yang disuarakan oleh Anwar.

“Akhirnya Langkah Kajang menjerut leher Anwar dan rakyat semakin merasai selama ini mereka telah ditipu oleh permainan kotor politik PKR dan Pakatan Rakyat (PR),” tambahnya.

Katanya lagi, Keputusan Dewan Diraja Selangor semalam yang perkenan Khalid kekal sebagai Menteri Besar memberi tamparan hebat kepada Anwar.

“Sepatutnya Anwar berasa malu dengan tindakan tidak masuk akal beliau untuk berkuasa di Selangor dengan menjadikan Wan Azizah sebagai patung.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan pergolakan politik di Selangor memberi keuntungan kepada DAP.

Oleh sebab itu katanya, pemimpin DAP menyebelahi Anwar dan turut mendesak Khalid digugurkan sebagai Menteri Besar.

“Sebenarnya DAP hanya ingin menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar boneka,” ujarnya.

Mengenai pendirian wakil rakyat PAS Selangor yang berdiri teguh di belakang Khalid, beliau berkata PAS wajar berbuat demikian.

“Kita sudah nampak di sebalik krisis politk itu DAP dan Anwar sebagai dalang,” katanya.

Ujarnya lagi, Dewan Diraja Selangor telah mengambil tindakan yang cukup bijak dengan mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada dewan berkenaan yang begitu prihatin terhadap masa depan rakyat Selangor yang sebelum ini dijadikan percaturan politik oleh Anwar,” tegasnya.

Khalid dalam sidang media khasnya semalam memberitahu dalam mesyuarat itu, Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasan beliau ketika menghadap baginda mengenai statusnya yang ketika ini masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) walaupun menjadi wakil rakyat Bebas.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor) telah bertanyakan sama ada saya masih lagi memperoleh kepercayaan majoriti ADUN. Saya telah menjelaskan (kepada baginda) di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperoleh kepercayaan majoriti ADUN.

“Sehubungan itu, baginda berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan baginda selanjutnya telah memperkenankan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Maka, sehingga ada perkembangan terbaharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar dan menjalankan tugas seperti biasa,” katanya.

Ditanya mengenai status barisan ahli susulan daripada keputusan hari ini, Abdul Khalid memberitahu, berdasarkan Artikel 53(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, beliau berhak menasihati baginda untuk melantik sekurang-kurangnya empat atau tidak lebih daripada 10 orang ADUN sebagai exco.

Buat masa ini jelas Abdul Khalid, empat exco kerajaan negeri daripada Pas sedia ada telah mengumumkan menerusi media menyokong kepemimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, beliau sedia mengkaji semula kedudukan enam lagi ahli exco iaitu masing-masing tiga daripada PKR dan DAP – umnobahagiancheras

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s