Bekas exco DAP, PKR Selangor tak tahu malu


Oleh rmf

Perangai kebudak-budakan enam orang bekas exco DAP dan PKR Selangor terserlah apabila bertindak sesuka hati seolah-olah Selangor milik mereka sambil `menyalak’ di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam mendakwa mereka masih mewakili suara kerajaan.

Tanpa ada perasaan malu, mereka datang ke pejabat untuk meneruskan tugas kerana beranggapan pemecatan yang diumumkan Tan Sri Abdul Khalid ibrahim semalam sebagai tidak sah. Pelbagai alasan diberi tetapi semuanya menjadikan rakyat menyampah dan bosan dengan perangai mereka.

Sudahlah datang tidak diundang, malah mereka membuat onar dengan mengutuk empat exco PAS kerana engkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh PKR dan DAP supaya memboikot mesyuarat mingguan exco.

Siapa PKR dan DAP untuk memberi arahan kepada PAS. Lebih pelik lagi kedua-dua parti itu mengutuk parti Islam sampai tak jejak tanah dan kini merengek mahu PAS memboikot menteri besar Selangor.

Beberapa bekas exco yang dipecat itu datang menaiki kenderaan rasmi exco dan berkata kepada wartawan bahawa mereka akan menjalankan tugas pejabat seperti biasa kerana pemecatan itu tidak sah.

Ada yang kata hanya Sultan Selangor sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian, manakala tidak kurang juga bekas exco yang dipecat itu mendakwa menteri yang sudah dipecat tidak boleh memecat orang bawahannya.

Lalu mereka membawa pelbagai dalil yang dicipta khas oleh beberapa pakar perundangan yang berpihak kepada mereka yang beriya-iya mahu menggulingkan Abdul Khalid.

Kalau Abdul Khalid menggunakan Artikel 53 (2) (b) untuk mentadbir Selangor dengan bilangan minimum empat orang exco, maka peguam DAP dan PKR pula menggunakan Artikel 53 (7) untuk membela diri bekas exco yang dipecat itu.

Selain bercakaran soal artikel itu dan ini dalam perlembagaan, puak DAP dan PKR juga cuba menghalang empat exco PAS daripada menghadiri mesyuarat mingguan exco.

Enam exco Selangor yang dipecat

Mereka mendakwa PAS sepatutnya memboikot mesyuarat itu kerana ia merupakan arahan pemimpin PKR dan DAP. Sejak bila kedua-dua parti biadap itu dibenarkan memberi arahan kepada PAS?

Penyakit sombong DAP semakin memuncak apabila ia mendakwa arahan boikot itu merupakan persepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR). Puas penyokong PAS membelek dalam Buku Jingga untuk melihat apakah wujud persepakatan mengenai boikot MB Selangor.

PKR juga semakin meroyan sehingga Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merayu kepada PAS supaya membantu beliau menjadi menteri besar Selangor.

Beliau juga mendesak Abdul Khalid segera meletakkan jawatan bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Sedarkah mereka bahawa Sultan Selangor sudah memperkenan pemecatan enam orang exco Selangor. Mereka tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik suara dan hak rakyat Selangor semata-mata kerana  mahu menagih semula jawatan yang dilucutkan. Belajarlah mengenal erti sembah derhaka. – bnbbc.my

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Bekas exco DAP, PKR Selangor tak tahu malu

  1. GABAI says:

    BANGSA BEBAL MANA RETI – CINA TETAP CINA – BANGSA HARAMJADAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s