Walaupun ada UMNO , Selamatkah Melayu


Oleh rmf

Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup. Tidak ada bangsa yang mundur kerana warna kulit atau kerana kaum atau agama atau kerana hidup di alam tropika. Kita telah buktikan bahawa apabila orang Melayu dan Bumiputera lain sanggup berusaha mereka akan dapat menguasai semua ilmu dan kecekapan untuk menjadikan mereka orang yang berjaya.

Orang Melayu sebagai orang Islam boleh berdoa dan meminta daripada Allah s.w.t. supaya mereka berjaya, tetapi ingatlah Tuhan telah berfirman dalam Al-Quran bahawa Ia tidak akan mengubah nasib sesiapa jika tidak ada usaha oleh mereka untuk mengubah nasib sendiri. Ingatlah juga bahawa segala keburukan yang menimpa kita adalah kerana kita sendiri dan segala kebaikan datangnya daripada Allah s.w.t.

Oleh itu janganlah cepat mendakwa bahawa nasib buruk kita sebagai telah ditakdir oleh Allah s.w.t. Nasib buruk kita disebabkan oleh tidak ada usaha atau kurang usaha oleh diri kita sendiri. Apabila kita berusaha maka Allah s.w.t. akan memberi kejayaan kepada kita dan itu juga adalah takdir.

Saya guna bahasa biasa ini kerana lebih senang menyatakan perasaan saya sebagai seorang Melayu yang sayang pada bangsanya, sayang sejak saya faham saya adalah daripada bangsa Melayu yang telah merdeka satu ketika dahulu, saya mula sedar bahawa saya daripada bangsa yang terhina, bangsa yang dijajah, bangsa yang tidak mempunyai maruah, bangsa yang berasa dirinya begitu rendah berbanding dengan bangsa-bangsa lain, kaum-kaum lain.

Seperti juga dengan orang lain dalam keadaan yang sama, saya berangan-angan untuk menukar persepsi saya, persepsi orang Melayu, persepsi orang asing terhadap bangsa saya. Saya tidak mimpi boleh membuat apa-apa ke arah itu selain daripada sebagai rakyat biasa.

Tetapi Alhamdullillah, saya diberi peluang berkat sokongan ahli UMNO, orang Melayu, orang Malaysia yang lain, dengan izin Allah s.w.t untuk menjadi seorang yang memainkan sedikit peranan dalam menukar sedikit prestasi bangsa saya, bangsa Melayu, mengubah persepsi terhadap bangsa ini.

Saya telah cuba sedaya upaya. Walaupun terdapat sedikit kejayaan kata orang. Saya tidak berhak menilai diri saya. Itu adalah hak orang lain. Tetapi saya telah berusaha bersungguh-sungguh. Ada masanya yang saya gembira sedikit dengan apa yang saya anggap sebagai kejayaan saya.

Tetapi yang lebih saya rasai ialah kekecewaan-kekecewaan kerana sedikit sangat hasil yang saya dapati – Apabila kita lakukan sesuatu yang membelakangi agenda tersembunyi pemimpin, maka kita pastinya akan dilebelkan sebagai orang yang menderhaka kepada pemimpin.

Sikap ini lah yang berlaku sekarang, kebanyakan daripada kepimpinan melayu tidak boleh menerima teguran, kritikan dari apa yang mereka lakukan, Sikap mereka dianggap sebagai raja didaam politik hanya untuk dipatuhi bukan untuk dikritik jika melakukan kesilapan.

Hari ini kita sudah ada. UMNOlah parti yang sesuai dan mampu menukar budaya Melayu. UMNO telah berjaya menyatupadukan orang Melayu dan mengikis sifat rendah diri mereka sehingga mereka berani bangun untuk menghadapi penjajah, untuk menuntut hak mereka.

Sayang sekali kerana UMNO itu sendiri telah mencipta nasib malangnya dengan mengambil oarang yang tidak pandai bekerja serta berfikir langkau kehadapan, Didalam UMNO la terdapatnya manusia yang mementingkan jawatan , upah dan bukan bekerja untuk Agama, Bangsa dan Negara sebagai asas ikrar yang mereka lafazkan

Tetapi amat malang sekali kejayaan yang sedikit ini yang diciptakan oleh pejuang UMNO yang lalu  telah merosakkan,  pemikiran orang Melayu sehingga mereka anggap mereka sudah selamat dan boleh membuat apa sahaja. Hari ini semangat kebangsaan mereka sudah luntur dan kemampuan mereka menghadapi cabaran sudah menurun. Kalau hari ini mereka dijajah kemampuan mereka untuk melawan penjajah tidak boleh dijamin.

Kerana perpecahan di kalangan mereka kuasa politik mereka pun sudah susut. Mereka belum sedar akan hakikat ini tetapi hari ini apabila hak dan kedudukan mereka dicabar secara terbuka mereka tidak berupaya mempertahankan diri mereka. Mereka mencari perlindungan daripada kuasa politik. Tetapi kerana perpecahan kuasa politik mereka tidak sebegitu kuat seperti dahulu. Dan satu hari kuasa ini boleh luput sama sekali.

Ini tidak mengapa jika individu Melayu sudah menjadi orang yang gagah yang memiliki kebolehan yang tersendiri, kebolehan dalam bidang ilmu dan ekonomi, kebolehan bersaing tanpa keistimewaan yang hari ini mereka anggap sebagai hak mereka. Tetapi mereka bukan sahaja tidak menjadi individu yang gagah; sebaliknya mereka tidak sanggup menghadapi persaingan barang sedikit pun. Mereka begitu takut kepada kaum lain. Tanpa pengalaman bersaing dengan orang lain, jika perlindungan tiba-tiba hilang maka tidak mungkin sama sekali mereka “survive”.

Orang Melayu jelas belum selamat. Janganlah ingat kuasa orang Melayu dalam arena politik akan kekal selama- lamanya, akan menjamin keselamatan orang Melayu sampai bila-bila. Sedarlah tidak ada yang kekal dalam masyarakat manusia, sudah tentu tidak ada yang kekal dalam politik manusia.

Ada bangsa yang tidak pernah bangun dan ada bangsa yang maju tetapi kemudian runtuh dan hilang dari muka bumi ini. Kita tidak bercita-cita besar untuk menjadi bangsa yang teragung, bangsa yang menjadi kuasa besar. Tetapi kita ingin terus bebas, merdeka dan tidak dihina, dijajah sekali lagi.

Untuk ini pun kita perlu berjaga-jaga dan berusaha supaya bukan sahaja kekuatan politik kita dipulih dan dikekalkan tetapi kemampuan tiap seorang daripada kita dalam bidang tertentu, bidang ilmu dan kecekapan perniagaan dan perusahaan dipertingkatkan sehingga dapat kita menghadapi dan mengatasi segala saingan dan cabaran secara bersendirian.

Untuk ini kita perlu kembali kepada budaya dan nilai-nilai mulia bangsa kita dan kepada ajaran agama kita. Hari ini banyak negara bukan Islam mendakwa bahawa orang Melayu dan negara Malaysia adalah “moderate” atau sederhana daripada segi keIslamannya. Ini tidak benar sama sekali. Kita bukan “moderate Muslims”. Kita adalah “Muslim fundamentalists” iaitu kita berpegang kepada asas-asas atau “fundamentals” ajaran Islam, asas yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis yang sahih.

This entry was posted in Selamatkah Melayu and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Walaupun ada UMNO , Selamatkah Melayu

  1. Faridah says:

    sangat baik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s