PKR Diktator :Khalid Ibrahim Di zalimi lebih teruk dari Kes Anwar 1998


oleh rmf

Tahun 1998 Pemecatan Anwar ibrahim telah menyebabkan negara didalam keadaan yang cukup tidak selesa berikutan  tindakan reformasi yang dilakukan oleh penyokong anwar pada ketika itu. Rata rata mereka mengatakan bahawa Anwar dizalimi walaupun pembuktian nyata telah pun diberikan oleh pihak mahkamah.

Hari ini perkara yang sama telah berlaku dan telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim  dan lebih kejam lagi ialah apabila Khalid sendiri tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan tentang kesalahan yang dilakukan menurut perlembagaan parti PKR. Kegagalan pihak PKR memberikan penjelasan kepada Khalid dilihat satu kezaliman yang amat tidak berperikemanusiaan.

Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring (kiri, berbaju hijau), program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.

“Program hari ini sepatutnya diadakan. Tetapi kita dapat satu nasihat daripada menteri besar.

“Atas kesempatan ini, kita dinasihat supaya tidak buat sebarang kenyataan media atau program sehingga diberitahu kelak,” katanya kepada media.

Menurut Mazli lagi, demonstrasi hari ini juga batal bagi menghormati mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang akan diadakan esok.

Selain itu, Mazli turut meminta rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada ingin menerima atau tidak menteri besar yang bukan daripada negeri itu.

“Lihat apa PKR buat, seorang menteri besar anak Selangor nak digantikan dengan menteri besar bukan rakyat Selangor.

“Saya rasa rakyat Selangor boleh menilai untuk beri sokongan pada beliau (Wan Azizah) atau Khalid yang memang anak Selangor,” katanya lagi.- Malaysiakini

This entry was posted in PKR Diktator :Khalid Ibrahim Di zalimi lebih teruk dari Kes Anwar 1998 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s