Khalid hantar notis guaman kepada Wan Azizah


Oleh rmf

SHAH ALAM – Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melanggar perlembagaan parti itu sendiri, ujar peguam yang mewakili Abdul Khalid dalam satu notis guaman kepada PKR.

Menurut firma guaman Bon Advocates yang mewakili Abdul Khalid, pihaknya berasa terkejut dengan sikap jawatankuasa pusat PKR dan Lembaga Disiplin yang disifatkan tergesa-gesa membuat keputusan dalam bertindak.

Notis guaman bertarikh semalam itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong bagi meminta parti mengemukakan nama pihak yang menghadiri mesyuarat lembaga disiplin Sabtu lalu.

Menurut notis itu, Lembaga Disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah melanggar perlembagaan PKR, dalam Perkara 41 yang dibaca bersama Perkara 9.

“Tindakan untuk memecat Khalid dalam tempoh lima hari selepas mengeluarkan surat tunjuk sebab tanpa memberinya peluang untuk menjawab surat tersebut merupakan satu tindakan yang melanggar prinsip keadilan asasi,” katanya.

Langkah pemecatan Abdul Khalid juga dikatakan membuktikan bahawa PKR tidak mengamalkan prisip keadilan asasi dan ia dibuat bertujuan untuk mempengaruhi sentimen orang awam atau gabungan Pakatan Rakyat untuk memaksa penyingkiran anak guamnya daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Melalui notis tersebut juga, pihak peguam turut meminta PKR menamakan mereka yang menghadiri mesyuarat MPP, mendedahkan keanganggotaan Lembaga Disiplin PKR dan mendedahkan cara pengundian dijalankan dalam mesyuarat MPP.

Sumber – Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/semasa/khalid-hantar-notis-guaman-kepada-p…

This entry was posted in Khalid hantar notis guaman kepada Wan Azizah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s