Bodohnya Anwar Ibrahim, Masalah Tukar MB Pun Tidak Boleh Selesai


Oleh rmf

Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi bukti jelas kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar pemidato di pentas politik dan menjadi “darling” media barat semata-mata.

Bagaimanakah Anwar mahu memimpin Malaysia yang mempunyai 28 juta penduduk berbilang kaum, agama dan ideologi jika untuk menurunkan Khalid Ibrahim yang naif politik pun beliau masih gagal menguruskan dengan baik?

Kemelut ini boleh selesaikan dengan mudah jika Anwar Ibrahim mendapatkan persetujuan PKR, DAP dan Pas kemudiannya memanggail kesemua ADUN Pakatan Rakyat menyatakan hasrat untuk menggantikan Tan Sri Khalid dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kemudiannya, Presiden PKR, DAP dan PAS secara bersama berjumpa DYMM Tuanku Sultan menyatakan hasrat penukaran tersebut dan telah mendapat persetujuan gabungan parti yang membentuk majoriti di Dewan Negeri Selangor untuk menukar Menteri Besar. Jika perlu Anwar boleh sahaja membawa 30 ADUN bagi membuktikan beliau mempunyai majoriti untuk menukar Menteri Besar.

Dalam keadaan ini, DYMM Tuanku Sultan Selangor perlu menjalankan tugas baginda sebagai pemerintah negeri melakukan perubahan dan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Perak.

Malangnya, Anwar Ibrahim di sebalik imej-imej kehebatan beliau sebagai pemimpin politik seperti diuar-uarkan oleh media, sebenarnya bukan cerdik sangat pun. Walaupun sudah ada catatan sejarah dan perundangan, Anwar melakukan kesilapan politik terbesar dalam hidupnya dengan bergaduh di media.

Jika Anwar bijak, sebaik sahaja PKR memecat Khalid Ibrahim, beliau akan mengarahkan Wan Azizah membawa 30 orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor menghadap Tuanku Sultan mohon perkenan angkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Jika mahu tukar Menteri Besar yang mudah pun Anwar Ibrahim tidak “bisa” melakukan, apakah mungkin beliau boleh mentadbir negara dengan lebih baik?

Bayangkan Anwar Ibrahim yang kononnya hebat dimain-mainkan sahaja oleh Khalid Ibrahim yang berserabut itu. Ha!Ha!Ha!

Atau ada plot yang lebih besar mahu dicipta Anwar Ibrahim menjelang Rayuan Kes Liwat beliau bulan depan.

Apa pun Selamat Tinggal Anwar Ibrahim!

mykmu

This entry was posted in Masalah Tukar MB Pun Tidak Boleh Selesai and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s