Exco PAS tak akan keluar dari kabinet Khalid


Oleh rmf

Pelempang !! Satu tamparan hebat bila  PAS mengatakan akan mengekalkan exco dan bekerja seperti biasa dibawah pentadbiran dan di ketuai oleh Khalid Ibrahim. Terkulat  muka Saiffudin dan Rafizi mendengar  nya.. Sekarang PKR dan DAP telah pun menarik diri dari mengaggotai barisan exco Selangor hari ini.

Exco PAS tak akan keluar dari kabinet Khalid

Exco Selangor daripada PAS tidak akan meletak jawatan atau berhenti dari bekerjasama dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita akan teruskan kerja seperti biasa. Tidak ada kata nak berhenti. Business as usual (berkerja seperti biasa).

“Saya ulang balik pendirian kami sama seperti Majlis Syura sebelum ini tiada masalah dengan Khalid,” kata pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad.

Katanya, sekiranya perjalanan pentadbiran negeri terganggu kerana tiada exco maka rakyat Selangor akan menyalahkan Pakatan Rakyat.

“Masalahnya kalau tak beri kerjasama yang jadi mangsa ialah rakyat.

“Kita akan terus berjalan seperti biasa kena fikir (tentang imej) Pakatan Rakyat sekarang ini,” kata beliau ketika ditemui di majlis sambutan hari raya PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata tiga exco DAP Selangor mungkin bertindak meletak jawatan susulan keputusan PKR memecat keanggotaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan DAP terkini pula hari ini bagaimanapun memutuskan exconya kekal bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri semasa proses pertukaran menteri besar.

Iskandar mendedahkan beliau menerima arahan dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk tidak meletak jawatan selepas DAP mengeluarkan kenyataan itu semalam.

Beliau yang juga exco kanan Selangor berkata PAS Selangor akan terus mengikut arahan parti yang menurut beliau sehingga kini masih tiada masalah dengan Khalid.

“Sekarang ini memang sepertimana kita kekal dengan pendirian kita dan pendirian majlis syura. Kita semua dah tau pendiriannya,” kata beliau.

‘Khalid mesti kekal bersama Pakatan’

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad mahu Khalid kekal dalam Pakatan.

Menurut beliau Khalid memberi sumbangan berguna selain banyak berjasa dalam Pakatan Rakyat.

“Khalid sepatutnya dikekalkan dalam Pakatan. Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini, ” kata beliau ketika mengulas pemecatan Khalid.

This entry was posted in Exco PAS tak akan keluar dari kabinet Khalid and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s