NGO Cadang Sekolah Vernakular Dijenama Semula Ikut Perlembagaan


Oleh rmf

alt

KUALA LUMPUR 8 Ogas – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mencadangkan semua sekolah vernakular dijenamakan semula sebagi Sekolah Kebangsaan 1Malaysia mengikut peruntukan Perlembagaan Negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun tetapi masih bertutur dalam pelbagai bahasa sedangkan negara ini mempunyai bahasa kebangsaan.

“Amat pelik sebab kita ada satu bahasa kebangsaan yang seharusnya difahami oleh semua bangsa.

“Setelah lebih 50 tahun merdeka mereka masih berinkteraksi dalam bahasa berbeza dan terkial-kial mencari satu bahasa yang boleh difahami oleh semua rakyat Malaysia” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM di sini hari ini.

Antara NGO yang hadir menyokong cadangan ini adalah Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Yayasan Media Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia, Gabungan NGO-NGO Islam dan Melayu dan persatuan Bekas Kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia.

Menurut Nadzim, persepsi mungkin terjadi di dalam perhubungan antara kaum kerana masing-masing tidak faham apa yang dituturkan.

“Kalu kita lihat keadaan perhubungan kaum antara rakyat Malaysia jika tidak faham bahasa lain mungkin persepsi mereka berbeza.

“Jika kita lihat dari susut ancaman sekarang orang Melayu marah kepada orang cina, orang Cina marah kepada orang Melayu dan marah kepada orang india. Kita agak risau kerana ini sudah tidak menuju kepada perpaduan.

Jelas beliau lagi, negara ini ini tidak menuju kearah perpaduan sebalinya ia menuju kearah perbezaan.

link

This entry was posted in NGO Cadang Sekolah Vernakular Dijenama Semula Ikut Perlembagaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s