PKR pertahan surat tunjuk sebab, membisu Khalid dedah Langkah Kajang


Oleh rmf

PKR mempertahankan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang didakwa “cacat” oleh menteri besar Selangor itu. Bagaimanapun PKR membisu mengenai pendedahan Khalid mengenai Langkah Kajang yang merupakan ‘arahan’ parti bagi menggantikan menteri besar yang tidak pernah dipersetujui oleh Khalid.

Naib Presiden PKR N Surendran dalam kenyataannya, berkata surat tunjuk sebab itu lengkap mengikut prosedur dan adil.

Katanya, tidak wujud langsung kekaburan atau apa yang didakwa Khalid sebagai tidak spesifik dalam surat tunjuk sebab itu, sebaliknya Khalid diberi peluang mempertahankan dirinya seperti dalam mana-mana proses perundangan biasa.

surendran

“Kritikan Khalid tidak berasas langsung. Adil mengikut prosedur hanya bermakna dakwaan atas ahli parti yang bersalah dinyatakan dengan jelas dalam surat tunjuk sebab. Ini yang dilakukan,” katanya.

“Dakwaan surat bertarikh 5 Ogos 2014 menyatakan Khalid melalui satu kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai 2014 mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

“Bermakna, tiada yang kabur atau kurang spesifik dalam surat itu seperti dakwaan Khalid. Surat itu memberi peluang menerangkan tindakannya, memenuhi kehendak keadilan asasi,” kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam surat tunjuk bertarikh 5 Ogos kepada Khalid memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas MPP pada 15 Januari bersetuju dengan keputusan pertukaran menteri besar Selangor dan diikuti satu lagi mesyuarat pada 21 Julai yang mencapai keputusan sebulat suara menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah.

“Namun kenyataan media Khalid pada 22 Julai terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas itu dengan menyatakan keengganannya meletak jawatan menteri besar Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid menganggap surat tunjuk sebab itu “cacat” dan meminta notis lebih jelas dan spesifik dikeluarkan kerana ia “tanpa butir relevan serta memadai” bagai membolehkannya menjawab.

Kata menteri besar yang dalam proses penyingkiran itu, beliau tidak akan menjawab surat itu “sehingga menerima notis yang sah” walaupun surat tunjuk sebab itu pada asalnya memintanya menjawab sebelum atau pada 8 Ogos.

Khalid berkata, apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, menjadi keperluan utama notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.

Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelanggaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya.

Adun Pelabuhan Klang itu memuat naik jawapan surat berkenaan dan mendedahkan kisah sebenar disebalik Langkah Kajang menerusi laman webwww.mb.selangorku.com semalam.

Surendran berkata tiada keperluan memetik peruntukan khusus di bawah perlembagaan parti seperti diminta Khalid dalam suratnya kepada Pengerusi Lmbaga Disiplin parti.

Mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, Surendran berkata adalah menakjubkan melihat Khalid bersungguh-sungguh berpegang kepada kerusi itu walaupun parti membuat keputusan menukarnya.

“Tindakan itu bertentangan dengan semua kebiasaan dan amalan terdahulu dalam demokrasi moden berasaskan parti politik. Pendiriannya tidak bermaruah. Beliau mesti terima keputusan parti dan tinggalkan pejabatnya,” katanya.

This entry was posted in membisu Khalid dedah Langkah Kajang and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s