Khalid dapat sokongan dari ADUN PAS, PKR, DAP + BN.


Oleh rmf

Satu ‘point penting’ yang ramai terlepas pandang dalam kemelut politik PKR Selangor petang  Rabu adalah perenggan akhir jawapan surat tunjuk sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada partinya sendiri. Tulisnya, tiada sebab untuk beliau meletak jawatan kerana masih mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor.

Ini sesuatu yang menarik untuk diperhatikan… bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak patut dengan garis parti tetapi menikmati sokongan majoriti ADUN-ADUN negeri itu.

Semalam PKR umum hanya sepuluh dari 14 ADUN mereka sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid.

Dengar cerita… satu Khalid sendiri, manakala tiga lagi exco PKR Selangor.

PAS memang solid sokong Abdul Khalid, setakat ADUN di Selangor, semua ikut garis parti, sokong Abdul Khalid.

Paling menarik mengenai DAP, ini berikutan laporan Astro Awani yang memetik sumber dalam parti tidak semua pemimpin DAP Selangor bersetuju Abdul Khalid disingkirkan.

Bahkan beberapa ADUN DAP Selangor berpendapat Abdul Khalid perlu dikekalkan kerana prestasi baik beliau menerajui negeri itu.

Namun kata sumber itu, pemimpin DAP yang menyokong Abdul Khalid tidak membuat sebarang kenyataan kerana tidak mahu dilihat parti itu mengalami masalah dalaman seperti PAS dan PKR.

“Ada ADUN-ADUN DAP Selangor yang masih mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi mereka tidak membuat kenyataan seperti pemimpin PAS dan PKR.

“Dalam DAP yang buat kenyataan supaya Tan Sri Khalid ditukarkan bukan ADUN di Selangor tetapi Ahli Parlimen Selangor,” kata sumber tersebut.

Jika undi tak percaya hendak diadakan di DUN Selangor… ramai yakin 12 ADUN BN solid sokong Abdul Khalid.

Ini kerana daripada gantikan Abdul Khalid dengan isteri Anwar… biarlah orang Kuala Selangor itu pegang jawatan nombor satu negeri selagi diperkenankan Sultan Selangor.

Sementara itu, seorang penulis blog yang juga ahli DAP, Aspan Alias berpendapat lebih banyak masalah dalam Pakatan Rakyat akan selesai jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara.

Menulis di blognya, Aspan berkata, apa yang berlaku di Selangor merupakan bukti Anwar tidak mempunyai keupayaan untuk menyatukan PKR.

“Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu. Anwar sedang menghadapi masalah ‘intra’ dan ‘interparty’ yang sangat serius.” tulis Aspan di blognya.

Aspan menempelak kenyataan Anwar ketika mengumumkan nama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Sekarang elok kita mengingatkan Anwar yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah,” tulis beliau.

Beliau berpendapat, jika Abdul Khalid berjaya diketepikan, PKR seharusnya mengutamakan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden parti itu.

Katanya, jika Azmin tidak dipertimbangkan, ia merupakan satu langkah yang tidak adil kepada hulubalang PKR yang sebelum ini sentiasa menyokong Anwar.

“Pertamanya bolehkah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu.

“Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini.

“Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan,” katanya.

Katanya, keadaan di Selangor tidak akan menjadi seperti hari ini jika PKR tidak melakukan kerja yang merumitkan mereka sendiri.

Aspan berkata keadaan di politik di Selangor sudah sampai tahap caca-marba dan seperti sebuah bukit yang mempunyai terlalu banyak singa dan harimau.

“Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan ‘misadventure’ politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.

“Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan yang mana matanya.

“Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan matahari terbit dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi,” katanya lagi.-7/8/2014

agenda

This entry was posted in DAP + BN... and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s