Air Bakal Di Catu Lagi di Selangor


oleh rmf

Kuala Lumpur – Tentunya ramai daripada kita di Lembah Klang masih terasa kesan akibat Catuan Bekalan Air secara berperingkat yang dilaksanakan bermula Februari hingga April lalu. Kehidupan jutaan penduduk terjejas. Malah, catuan air itu menyebabkan pelbagai masalah termasuk kerugian dari segi perniagaan. Sehinggakan peniaga gerai makanan terpaksa menggunakan pinggan dan cawan polestrin.

Bagi yang tinggal di banggunan tinggi saperti pangsapuri keadaan lebih menyukarkan, ada yang terpaksa mengangkat tong air dengan mengunakan tangga kerana kerosakkan ‘lift’, Memang catuan yang dilaksanakan menyebabkan ramai yang tertekan dari segi emosi.

Apa lagi bagi keluarga yang besar dan mempunyai anak yang masih kecil dan kini penduduk di Lembah Klang sekali lagi dijangka akan berhadapan dengan krisis bekalan air hanya selepas beberapa bulan selepas plan catuan di tamatkan, Paras air di dua daripada lapan empangan di Selangor di laporkan masih berada dibawah paras menimum ia itu 50%.

Dua empangan itu ialah Sungai Selangor dan Sungai tinggi, bagaimanapun air di 6 empangan lain masih di paras minimum, kita semua maklum keadaan yang berlaku sekarang ada kaitan dengan perubahan cuaca saperti El Nino, Disebalik kemungkinan satu lagi plan catuan air terpaksa dilaksanakan, Kita sebagai penguna perlu mengambil langkah untuk lebih berhemat dalam mengunakan air.

Jika di perhatikan pembaziran air berlaku di mana mana dan didalam pelbagai bentuk, kempem menjimat air telah lama dijalankan kepada masyarakat, namun pembaziran air tetap berlaku, mungkin disebabkan tarif air yang masih murah dan tidak memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat Malaysia.

Statistik pula menunjukkan pengunaan air dalam kalangan rakyat negara ini tinggi berbanding di negara jiran, contohnya rakyat Malaysia secara purata mengunakan 225 ltr. air sehari, Rakyat Singapura hanya mengunakan 155 ltr. manakala Thailand lebih rendah ia itu 90 ltr. sehari.

Dari segi permintaan air pada masa kini lebih daripada 2.6 billion meter padu, angka ini dijangka mencecah hampir lebih 5.8 billion meter padu menjelang tahun 2020. Dengan kemungkinan kita berdepan satu lagi bentuk catuan air, Orang ramai terutamanya di Lembah Kelang harus bersedia dari awal jika masalah yang melanda beberapa bulan lalu berulang lagi, pastinya ramai yang akan mengalami keperitan.

Air amat di perlukan sebagai kelengkap kehidupan membabitkan perkara asas saperti mandi, memasak serta mencuci pakaian itu belum lagi melibatkan perkara lain yang boleh di kurang saperti menyiram pokok bunga dan membasuh kereta.

Jadi kita sebagai penguna juga mempunyai tanggungjawab untuk menangani masalah berkaitan dengan air, tanpa kerjasama semua pihak masalah ini tidak mungkin dapat di tangani dengan baik sampai bila bila.

Air

This entry was posted in Air Bakal Di Catu Lagi di Selangor and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s